Monday, December 31, 2012

I - Story : A sweet beginning

Assalamualaikum n hye..
Awal pulak bangun hari ni then tiba-tiba semangat nak berkongsi cerita kat blog ni hehehe.

Saya membenci zaman sekolah rendah saya sebab bagi saya, x banyak kenangan gembira yang boleh saya ingat sampai sekarang melainkan perkara pahit. Kenangan gembira cuma dengan kawan-kawan rapat, tapi kenangan pahit tu saya alami sampai la ke darjah 6. Masa tu saya bukan kategori orang cantik. Ye la, kulit pun gelap, pakai cermin mata pulak tu. Zaman dulu-dulu kalau pakai cermin mata ni orang anggap xstyle, huduh. So saya selalu diejek disebabkan rupa yang x cantik ni. Paling saya ingat, ade sorang mamat ni panggil saya Mata Lebah , Mata Besar (ciss) and ade jugak budak2 lelaki yang selambe main tendang2 saya (ciss lagi). Pastu dulu kan saya pernah suka sorang budak ni , aish malu pulak nak cerita hahaha >.< then ntah macam mana die dapat tau. Die jaja citer tu kat satu bas sambil gelakkan saya. Malu mak aih mana nak letak muka niiii +.+ . Maka lepas tu saya berazam nak jadi cantik cantik dan cantik!


Masuk skolah menengah, kulit saya mula 'matang'. Naik jerawat, kulit berminyak, xsekata. Oh masa ni pakai cermin mata dah mula diterima so xde la dicop xstyle lg hehehe. Macam2 produk saya guna, clean n clear, ginvera, hazeline snow, olay, rosa T, garnier bla3...macam2 sangat. Jerawat ade la surut skit tapi kulit still berjelaga hahaha. Misi untuk jadi cantik perlu diteruskan!


Masuk universiti, saya dah start tukar style sikit-sikit. Guna contact lense, n blajar makeup sikit2.

Tapi make up tu tebal la sebab ye la kulit kan berjelaga gelap + minyak huhuhu. Boleh kata almost everyday ade je orang tegur saya. Dorang cakap saya cantik tapi sebab make up. Tak tau nak happy ke nak sedih dengar. So tukar azam, nak cantik with less make up tapi masalahnye bila less make up dorang tegur , eh xsihat ke? sebab muka saya pucat. Camno tu? T.T Pastu saya pasrah, lantak la nak cakap apa janji cantik zzzz...

Ia bermula pada satu hari ni, waktu ni saya baru -baru  kerja, roomate saya masa kat U ajak pergi kelas grooming. Dia cakap FREE, wah saya memang pantang dengar perkataan FREE lagipun memang minat nak grooming kan lepas pasrah hari tu huhuhu. Tapi dalam hati macam ragu-ragu sebenarnya sebab kang kene paksa beli ke ape ke kan. Takut MLM sebab dulu dah penah kena. Pastu dah soal banyak-banyak kat kawan saya tu, die inform dalam kelas tu dia ajar cara penjagaan kulit and basic make up. Make sense jugak MLM ape nak ajar make up malam-malam ni kan. So saya pun pegi la dengan sorang member saya. Tapi dalam pada tu kitorang siap pesan kat masing-masing, "eh kau nanti kalau dia suruh beli ke apa jangan bagi aku beli tau".

Haha memang lawak!

So sampai kat sana (Bee Hive Seksyen 13 S Alam), kitorang masuk-masuk je ada bau wangi semerbak. Dalam hati, apakah? Rupa-rupanya dorang display perfume. Pastu jumpa kawan saya tu, da salam hug-hug sume, maklumlah da lama xjumpa kan hehe, then dia suruh kitorang duduk. Atas meja tu penuh dengan barang-barang yang saya pun xtau ape tu. Cuma saya nampak kat ada satu sudut tu ada barang make up. Haha laju je mata tu kan :p


Panic xhabis lagi ni sebab tetiba datang sorang lady pakai jacket warna merah. Dia introduce diri as Independent Beauty Consultant Mary Kay and kawan saya tu kira junior dia la sebab baru join. Dia tengah ajar kawan saya buat kelas skin care. Ohh.. Lepas tu dia pun mulakan kelas. As the time goes, saya dari panic tadi terus jadi excited sebab diorang bagi try product tu for FREE and xde suruh bayar pape pun. Dah free kan so apa lagi, nak jugak try tengok bagus sangat ke Mary Kay ni, dah la xpernah dengar kan hehehe.

Sepanjang kelas tu saya rasa n nampak perubahan kat kulit saya, lagi-lagi lepas dia suruh pakai Masker sebelah muka je. Lepas cuci hambik muka sebelah lain sebelah lain huhu. Lepas da abis skin care, dorang buat eye spa pulak. Mula-mula dorang suruh kitorang proceed kat make up terus n skip eye spa tu tapi saya mengada nak jugak sebab mata saya memang macam panda waktu tu. So nak jugak tak kira haha padahal awal-awal macam berhati-hati sangat la kononnye kan ;p. Lepas tu baru buat basic make up. Lepas habis make over trus rasa macam orang lain. Simple, pretty with less make up, just like what I wish for :) 
And the best part dorang xde pun suruh saya beli ke apa. Just tanya if I am satisfied with my look now.
Of course! :D

Lepas abis kelas tu, saya terus tanya macam mana nak jadi member. Actually semua orang terkejut sebab mula-mula kan saya macam berhati-hati la konon pastu tetiba tanya nak jadi member. Dorang brief saya apa yang saya kene buat as a consultant, apa benefit yang saya akan dapat n so on. Menarik sgt! Consultant yang pakai jacket merah tu suruh saya fikir dulu baik-baik macam tak percaya saya cakap nak join hehe. 

Oh tapikan masa tu perasaan saya macam xsabar nak nak nak! Balik rumah memang asyik teringat then malam tu jugak saya mintak consultant agreement form tapi xbayar registration fee lagi sebab masa tu xde duit sangat maklumla tengah-tengah bulan. Masuk bulan Mac terus saya jumpa diorang n bayar. 15 March 2012 bermulalah perjalanan karier saya sebagai Independent Beauty Consultant Mary Kay.

Alhamdulillah kekal sampai sekarang walaupun ade banyak kenangan pahit manis tapi semua tu motivasi untuk saya. Tapi yang penting, apa yang saya dapat sekarang bukan hanya kulit yang sihat, cantik with less make up, and kalau tak make up pun muka tak pucat :D plus saya dapat belajar banyak sangat pasal kulit, and also dapat balik self-confidence saya yang hilang, ye la dulu tak cantik nak bercakap ngan orang pun tak yakin huhu tapi sekarang siap boleh conduct kelas skin care sendiri yeay :D and of course, income pun dapat jugak sebab saya turut membantu wanita lain untuk menjadi cantik :D .

Rahsianya, apa-apa yang kita buat biarlah ikhlas n bukan sebab duit semata-mata. Bagi saya pengalaman masa kecik tu dah macam nightmare tp sekarang dah jadi motivation untuk saya , n saya percaya semua orang sentiasa ada peluang untuk cantik cuma kita kena bagi peluang kat diri sendiri :)

Jom tengok gambar :

Masa sekolah menengah. Saya yang paling kiri sekali. Boleh imagine rupa saya masa sekolah rendah?

Waktu zaman U. Pucat kan even make up tebal time ni =.='

Sekarang. Less but more with only foundation n powder


Sekian cerita saya, 

Insyaallah nanti saya cerita lagi ;)

Wednesday, December 26, 2012

Mary Kay vs Peeling/Blemiching Product

Assalamualaikum and hyee it's me again!
Merry Christmas to all who celebrate this season :)

Hari ni nak share sesuatu dari pengalaman customer-customer dan juga apa yang dipelajari dari Google and Mary Kay sendiri.

Semakin ramai orang dah mula sedar tentang akibat dari menggunakan produk pengelupasan atau yang famousnya dikenali sebagai 'peeling product'. Bahan aktif yang digunakan dalam product ni adalah Hydroquinone di mana bahan ni adalah bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser kulit, mencacatkan kandungan dan merosakkan kulit disebabkan cara tindak balas dia yang menghakis lapisan epidermis kulit. Even produk tu juga menggunakan bahan-bahan tumbuhan tapi kalau masih ada unsur-unsur hydroquinone, produk tu masih produk pengelupasan.

Produk/Kategori
Mary Kay
Product pengelupasan
Bahan aktif
Luo Huan Guo, Syllimarine dan pelbagai lagi ekstrak tumbuhan untuk disesuaikan dengan jenis-jenis kulit
Hydroquinone, Mercury, Methyl Paraben
Mengandungi pewangi sintetik?
Tidak
Ya
Mengandungi sabun/buih?
Tidak
Ya
Tempoh keberkesanan
Moderate
Cepat
Boleh digunakan ibu mengandung?
Ya
Tidak
Kesan jangka masa pendek
Kulit lebih lembut, anjal, halus, lembap, kawalan minyak berlebihan, tidak kusam, cerah, sihat, jerawat berkurang
Kulit licin, lembut, tiada cela (flawless), cerah gebu, jerawat dan parut jerawat hilang, tidak berminyak, pori-pori tak kelihatan,
Kesan jangka masa panjang
Kulit tanpa cela (flawless), garis halus/kedutan hilang, anjal, lembut, tegang, sihat, halus, muda, kawalan minyak berlebihan, cerah, tidak kusam, pori-pori mengecil
Kulit tak stabil, sensitive, gatal/pedih, kesan melecur kemerahan sekitar kulit, jerawat, pori-pori jelas kelihatan, cerah, kusam, menjadi berminyak atau terlalu kering, nipis
Kesesuaian jenis kulit
Mempunyai set dan range berbeza khusus untuk jenis dan masalah kulit
Untuk semua jenis kulit
Cara bertindak
Membersihkan kulit dan mengeluarkan bahan kimia hasil dari produk yang digunakan sebelum Mary Kay, menjernihkan dan menyegarkan kulit
Menghakis kulit – lapisan epidermis dan meninggalkan hanya dermis. Kulit akan menjadi sangat cerah dan flawless kerana lapisan atas sudah dibuang.
Harga
1 set  (Botanical) : RM296
1 set : RM300+-
Product guarantee
Ya
Tidak

Renung-renungkan dan buatlah pilihan yang tepat :)

Tuesday, December 25, 2012

Sharing : Kebetulan yang tak disangka!

Hye assalamualaikum :D

Hari ni actually free sikit sebab hari ni Christmas, so user2 sume ramai yang dah cuti.
Cuma kitorang still kene kerja untuk support. Tapi xpe janji dpt OT and keje xbanyak weehu ;p

So hari ni saya nak share something kat sini.
Kejadian ni jadi semalam tapi sampai sekarang still rasa excited lagi.
Ok saya cerita.
Semalam saya pegi jalan2 window shopping kat KLCC.
Lepas tu berhenti la kat surau untuk solat Asar and kitorang stay sebab nak tunggu Maghrib sekali.
Dalam pada tu saya make up la balik since dah cuci semua masa ambik wuduk kan.
Bukak la Mary Kay punya compact pro yang besar tu.
Nak dijadikan cerita, lalu la sorang wanita ni, tak sure bangsa apa tapi macam bukan orang sini.
Dia duk tengok je compact saya tu then suddenly dia tegur saya.

she : excuse me, from where did you get this makeup?
me : i sell it :)
she : really? how much? where is ur outlet?
me : i am independent beauty consultant, if u want to purchase u can contact me, i will come to ur house with all of the stuff n u can try everything with no charge (sambil bagi name card n tanya nama dia sume)


then dia try test2 powder n blusher suma. tanya ade foundation x blablabla.. :D
she : i'm interested. can u come to my house?
me : sure!

she : thank u u r so sweet :)

Part last skali paling best. Hehehe xde la gurau ;p
Kejadian ni buat saya terfikir, wow semudah tu je ke?
And ini satu motivasi jugak buat saya untuk teruskan perjuangan mencantikkan wanita-wanita dengan Mary Kay :)
 

Nak tau lagi lanjut tentang Mary Kay, contact me 0173262007 ;)

Thursday, November 15, 2012

Vitamin C and Mary Kay: A perfect combination

Assalamualaikum and hye.. :)
Salam maal hijrah buat semua.
Mari doakan semoga kemenangan berpihak pada saudara2 kita die Gaza..amin..

Setelah lama xmenulis entry, maklumla banyak perubahan dalam kehidupan saya dan memerlukan sedikit pengorbanan.
Tapi saya tak berhenti untuk teruskan semangat dalam mencantikkan dan mengkayakan wanita-wanita tau!
Jom bersemangat hari ni. Go Mary Kay! Hehee ^.^
Selingan: Bulan depan nak pergi DRJ retreat for Mary Kay training and sharing kat Hydro Hotel Penang.
Tak sabar!

Ok hari ni saya nak share something yang sangat best untuk anda dan untuk pengguna setia Mary Kay :)
Mesti ramai dah tau pasal Sustain release Vitamin C kan?
Memandangkan itu adelah supplement terhangat di pasaran maka saya pun beli la, try makan.
After 2 weeks memang nampak and rasa hasilnye.
Dari segi dalaman, saya memang ade masalah senggugut yang teruk sampai kene pergi klinik ambik injection almost every month T.T.
But surprisely, kali ni saya senggugut jugak, tapi just mild, and tak berguling macam dulu.
Siap boleh pergi lepak rumah kawan saya lepas kerja. Kalau sebelum ni jangan harap la, memang kene duduk rumah baring je huhu.
Tu after 2 minggu makan Vitamin C.

And dari segi luaran, alhamdulillah saya happy sangat sebab kulit yang sihat semakin sihat!
Saya adalah pengguna Botanical Effects n Melacep and kulit saya memang improve and semakin cerah. Lepas makan Vitamin C supplement, kulit muka saya makin cepat cerah and parut jerawat pun makin cepat pudar. Bila pakai Mary Kay kulit memang akan jadi anjal and tegang tau, and surprisingly after makan vitamin C ni memang jadi lebih anjal. Bibir pun tak cepat kering even tak pakai lip balm. Rasa lembap semula jadi :)

Memang kulit kita adalah apa yang kita makan and apa yang kita pakai. Kalau kita guna benda dari sumber yang betul insyaallah hasilnya terbaik.
Saya memang agak particular tentang produk kecantikan and makanan ni, sebab tak nak suffer di kemudian hari akibat guna produk yang salah. Sebab tu saya percaya produk yang baik ialah produk yang sumbernya dari bahan semulajadi and tak ada bahan kimia, macam Mary Kay lah :))
That's why I really love Mary Kay!
Pasal vitamin C tu semua orang tau ia memang supplement yang sangat bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran. Ade banyak brand Vitamin C yang berlainan, tapi khasiatnya mostly sama.
Natural ingredients is always the best! :D

The good news is, saya turut menjual supplement vitamin C yeay!
So apa lagi, pm saya untuk consultation kecantikan anda, untuk tau pasal Mary Kay, dan jugak untuk best price Vitamin C.
PM me now or contact me 0173262007. Whasap pun boleh~ <3 font="font">

Friday, October 19, 2012

Bagaimana Mary Kay menggembirakan saya? :)

Hi everyone!

Just nak share something.

This is my picture masa mula2 guna Mary Kay.
Ni masa bulan April 2012 time Mary Kay career conference.
Kulit agak gelap and mata sembap.


Before

And yang ni pulak September 2012 masa Mary Kay Seminar.
See how my skin improved? :)
Kulit tak kusam lagi, cerah and anjal.
I love Mary Kay <3 font="font">


After

Nak improve kan skin?
Let's learn how.
Contact saya, Nur Amira, your Senior Beauty Consultant Mary Kay di 0173262007 :)



Friday, July 20, 2012

Tips mengenal pasti rawatan dan penjagaan wajah yang betul

Assalamualaikum n hye..
Lame x update kat sini but for latest promotion bolehla tgok kat fb gambar2 sume dah upload :D
Klik sini .

Ok hari ni topik sye adelah tips mengenal pasti rawatan dan penjagaan wajah yang betul.
Ramai orang cepat terpengaruh dengan iklan-iklan rangkaian penjagaan wajah di tv and ramai jugak yang terpengaruh dengan kata2 promoter mase nak beli set penjagaan wajah.
Btul x?
Lepas tu bila dah beli, dah pakai sebulan 2 still tak nampak hasil, or ade jugak yang makin teruk.
Yang mana ok tu xpe la, tapi yang x ok tu macam mana?
Kenapa hal-hal macan ni terjadi?
Sebab ramai yang sebenarnya xtau ape masalah sebenar kulit and ape cara sebenar nak mengatasi masalah kulit tu.

Jadi saye nak share tips mengenal pasti rawatan dan penjagaan wajah yang betul:

1. Kenal pasti jenis kulit wajah
Mula-mula skali kita kene tau ape jenis kulit kita. Basically jenis kulit manusia ade 4 iaitu kering, normal, kombinasi dan berminyak.
Ni sangat penting terutama sekali masa nak pilih produk penjagaan wajah sebab produk penjagaan wajah akan bertindak mengikut fungsi dia. Jadi kita lah yang kene tentukan produk ape yang sesuai dengan jenis kulit kita. Jangan bila kita rasa kulit kita minyak sikit2 tapi kita beli yang untuk kulit berminyak punye sedangkan kulit kita kombinasi. Salah tu.

2. Kenal pasti masalah utama kulit kita
Kita kene pilih produk yang sesuai untuk atasi masalah kulit kita jadi, kita kene tentukan secara spesifik apa masalah kulit kita and ape yang kita nak perbetulkan.
Jangan lah bila kulit kita berjerawat and masa yang sama kita nak kulit cerah.
Lepas tu promoter pulak suggest whitening product yang katanya boleh hilangkan jerawat sekali kan.
It's preferable to be specific dulu :)

3. Step by step
Sebagai manusia lumrah lah kan kita nak kulit licin, cerah, halus, xde jerawat, flawless bla3..hehe.
Banyak produk kecantikan yang tawarkan macam 8 in 1 la, 12 in 1 la kan.
Some are good to certain skin. Ingat, kalau orang lain pakai ok tak semestinya kita pakai pun ok.
Sebab kulit kita ni lain2 jenisnya. So kita kena pakai ape yang sesuai dengan kulit kita.
Kalau kita buat rawatan (bagi kulit bermasalah), seeloknya step by step.
Contoh kalau ade masalah jerawat, fokus untuk hilangkan jerawat dulu. Lepas tu hilangkan parut pulak. Then cerahkan kulit. Its much more better and hasilnya akan nampak lebih baik :)

4. Pilih produk yang selamat dari bahan kimia berbahaya
Kat malaysia ni ade terlalu banyak produk kecantikan, be it sama ada produk Malaysia sendiri atau pun dari negara lain.Sebelum beli baca dulu bahan2 kandungan, and paling di rekemen is anda buat dulu research pasal produk tu. Cuba Google apa feedback orang tentang sesuatu produk tu, bahan-bahan produk tu, kesan die macam mana and so on. Jangan main beli je tau.
Sebaiknya pilihla produk yang menggunakan bahan2 botani dan organik macam Mary Kay ni. Selamat~
4. Sabar
Memanglah kalau boleh kita nak nampak hasilnya cepat kan. Banyak produk sekarang menawarkan hasil yang cepat. Tapi anda kene check betul2 apekah di sebalik hasil yang cepat tu? Pastikan bukan bahan berbahaya k..
Tapi tengok jugak kalau dah pakai sampai setahun xnampak gak kesan means produk tu memang tak efektif la ataupun xsesuai dengan kulit anda.
Bertindaklah secara bijak :)


5. Dapatkan nasihat consultant atau doktor
Untuk dapatkan produk yang betul2 sesuai dan jenis yang betul2 terbaik untuk kulit kita, why not kita dapatkan nasihat dari beauty consultant? Ataupun kalau anda ada masalah kulit yang teruk, dapatkan nasihat doktor. Jangan la pulak tanya dekat promoter dekat Watson tu. Hehe mereka tu promoter, kerja mereka untuk promote barang2 supaya kita beli. jangan silap yang tu k..

So saye harap post kali ni dapat beri panduan kat anda semua untuk menjaga kulit dengan betul.

Baju kalau koyak boleh hantar tailor, tapi kalau muka rosak?
Fikir-fikirkan.

Thank you for reading ^-^








Wednesday, June 27, 2012

Update on skin care session 22 & 24 June 2012)

Assalamualaikum..

Lamenye xupdate! Sorry busy sikit plus macam2 hal pulak jadi.
Tapi dalam macam2 jadi tu sempat la buat another 2 skin care n make up session. Hehehe ;p

So mula-mula nak special thanx to Kak Wanie from INTAN sebab invite saye buat session kat sana.
Ramai pulak yang datang n paling best skali sebab semua orang sporting!
Sampai on the way pegi keje pun still senyum sorang2 tringat gelagat semua org td.
Hope semua happy n puas hati dengan ape yg saye sampaikan n jangan lupe praktis mekap ye balik rumah nnti :D

N also special thanx to my sis sebab bawak kawan2 die datang memeriahkan session kali ke 2 dekat Bee Hives. Lepas ni jangan takut-takut nak make up lagi k :D
N to my new Beauty Consultant, Ford and his shy friend, thank you for coming ^_^!
Hope that you got the ideas on how to start your own session after this! Really have fun with all my guest :D

So ape lagi mari lihat gambar2 :

All the Mary Kay's stuff

Before!

Sesi mencuci muka

Sesi pakai masker sebelah hehehe

After make up. Simple but gorgeous!


Ni je yang tinggal yang lain dah masuk keje balik ;p


Training my 1st offspring ;)

Skin care session with the guys! Sape kate lelaki xpayah jage muka?



Thursday, June 14, 2012

SCC and make up class on 9th June

Assalamualaikum..

First of all sye nak ucapkan terima kasih banyak banyak banyakkk sangat kepada yg datang hari tu.

Ni nak list kan nama2 yang datang:
1. Alis
2. Ibu Alis (sporting tau ibu Alis ni..hehe)
3. Safura
4. Shakira
5. Zarith
6. Jannah
7. Izzah
8. Nuri
9. Fizah
10. Bazilah@eila

Thank you so much!
Sye harap anda semua dapat belajar ape yang anda semua nak kan dari sesi tu. :)

Sesi pada hari tu SSD Sheila yang conduct.
Memang best sangat sebab beliau share banyak pengalaman and banyak tips on skin care and also make up.
Cuma hari tu tak sempat buat hijab tutorial sebab untuk skin care and make up saje pun dah ambik masa sampai tengahari.
Kang ade yang xbalik pulak kang. Haha.
So....untuk menggantikan hijab turtorial, another class akan dibuka pada Ahad, 24 June.
Mase tu ade skin care session and terus ke hijab tutorial.
So harap2 guest 9 June boleh la datang lagi untuk belajar hijab pulak.
Saye jugak mengalu-alukan guest2 lain yang berminat nak belajar teknik penjagaan kulit and pada masa yang sama, boleh try sendiri product2 Mary kay ni.
No charge, all for FREE :)
Tak rugi kan?

Gambar adeee tp nak edit dlu.
Will post shortly ;)

Thursday, May 24, 2012

Open skin care class on 9 June 2012!

Assalamualaikum..n hyee..

Siapa free 9 June hari Sabtu nanti?
Saya nak invite anda pergi ke open skin care session Mary Kay secara PERCUMA!
This event is organized by Senior Director Mary Kay yang sangat berpengalaman dalam bidang kecantikan ni.


Agenda masa session tu nanti ialah:


1. Experience skin care session using the new Botanical Effects skin solution ;D
2. Personal consultation mengenai kulit wajah anda ;)
3. Make over session which kita boleh main make up - make up tapi dalam masa yang sama dapat belajar cara make up yang betul. Suke x? :D
4. Hijab Style untuk guest2 yang bertudung :)


Packej 4 in 1 ni berharga...FREE je..hehehe.
So ape lagi jemput la datang ajak kawan-kawan or family members yang berminat.

Details for this event:

Tarikh : 9 Jun 2012
Masa : 9 pagi
Tempat : Bee Hives, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam
Bayaran : Percuma!

Untuk yang berminat nak jadi guest masa hari tu boleh contact saya kat 0173262007 or boleh email kat nuramirayahaya@gmail.com.
Serius memang tak rugi kalau datang, boleh belajar macam-macam!
So ape tunggu lagi, contact saya k ;)

Oh sebelum terlupa, sekarang masih tempoh promosi untuk new Botanical Effects.
Beli 1 set Botanical Effects n dapat 1 facial sun block SPF35pa+++ untuk extra protection di wajah anda secara percuma. Refer here 

Thank you ^_^

Saturday, May 12, 2012

Melacep whitening from Mary Kay, tanpa pengelupasan & bebas Hydroquinone!

Assalamualaikum n hyee..

Mesti ramai gadis2 n wanita2 yang nak kulit bersih n cerah kan?
Paling2 pun mesti nak cerah.
Macam saye la lagi-lagi kulit saye ni sememangnye tone gelap sikit hehehe.

Sekarang ni semakin banyak produk pencerahan yang ada.
Tapi anda sume kene berhati2 sebab kebanyakan produk pencerahan mempunyai bahan pengelupasan dan juga Hydroquinone iaitu sejenis bahan yg membuang sel2 melanin dalam kulit kita supaya kulit cepat cerah.
Kesannye kulit akan menjadi nipis serta sensitif.

Bagusnya produk Mary Kay ni ialah ia menggunakan ekstrak dari bahan-bahan botani termasuklah juga Melacep. Yang paling penting, Melacep bebas daripada Hydroquinone!
(That makes me very happy n feel safe :))

Melacep menggunakan :

1. Ekstrak Kakadu Plum - buah yang berasal dari Australia yang kaya dengan Vitamin C.



2. Ekstrak Ferula Foetida - buah yang berasal dari Mediterranean, mengandungi antioxida dan asid ferulic .


3. Ekstrak Helianthus Annuus Seed - mengandungi antioxida
4. Ekstrak bunga matahari - melindungi kulit dari kesan UV
5. Lactobacillus Ferment - berfungsi untuk menyelesakan kulit

Melacep whitening system

Satu set range Melacep terdiri daripada:
1. Foaming cleanser
2. Freshener
3. Day cream with spf25
4. Night cream

Selain tu Melacep juga ada supplement untuk memaksimakan pencerahan dan juga berfungsi memudarkan jeragat.

1. Melacep dark spot serum (sesuai untuk parut jerawat atau jeragat yang sedikit)
2. Melacep essence (untuk pencerahan maksimum dan jeragat yg banyak)
3. Melacep whitening primer foundation spf 15 (alas foundation yang tidak berminyak dan mempunyai fungsi pencerahan yang sama banyak dengan set Melacep yang lain, untuk solekan yang tahan lama)
4. Melacep whitening mask (membuang sel kulit mati, mencerahkan dan mencerahkan kulit)

Mahu mencuba Melacep secara percuma?
Contact saya 0173262007.
Thank you for reading ^-^




Friday, April 27, 2012

Basic make up: How to get a flawless face in 3 steps?

Assalamualaikum n hye all!

Hari ni sye nak ajar cara-cara nak make up secara basic n xperlu pakai banyak sangat benda.
N the main point is macam mana nak dapatkan wajah yang flawless macam Fazura!

Bahan-bahan yang kena ada:
1. Foundation primer Mary Kay

2. Timewise Matte wear @ Luminous wear liquid foundation

3. Mineral Powder foundation



1st step
Sapukan wajah dengan Foundation Primer Mary Kay.
Step ni sebenarnya boleh step kalau malas, tapi kalau nak kulit yang flawless step ni adalah wajib!
Foundation Primer ni adalah rahsia artis-artis yang berwajah flawless.
Sebab primer ni adalah alas kepada foundation yang akan kite pakai kejap lagi.
Dalam masa yang sama, bahan-bahan aktif dalam primer ni akan mengurangkan garis2 halus or kedut, mengurangkan kesan pori-pori n parut-parut or cela yang lain pada wajah kite.
Sebab tu lepas pakai foundation dah xnampak dah cela-cela tu lagi.
Selain tu Foundation Primer Mary Kay ni jugak membuatkan kulit kita rasa lebih lembut.
Takut rase berat kat muka?
Jangan risau sebab Foundation Primer Mary Kay ni berupa gel berpaten, bebas minyak n sangat ringan!

2nd step
Lepas da pakai primer, pakai Timewise liquid foundation pulak.
Foundation ni ade banyak benefits. Ia mengandungi Vitamin E dan juga sebatian peptide yang melembutkan dan menganjalkan kulit. Bukan orang-orang berusia je yang pakai foundation ni, umur 20an pun boleh.
Saye pun pakai yang ni jugak heehee..
Yang paling best, tekstur die sangat ringan n warna cepat blend dengan kulit.
So make up xnampak macam topeng n nampak sangat natural :)

3rd step
Done with foundation now move to Mineral Powder Foundation. Fungsinye adalah untuk mengemaskan lagi foundation yang kita dah pakai tadi. So die akan bagi kemasan yang lagi tahan lama, lagi flawless n lg natural.

So now wajah kita dah ready untuk semua ocassion ;)



Tq for reading!^-^







Wednesday, April 25, 2012

Tips mencuci muka dengan berkesan

Mencuci muka ialah asas kpd penjagaan wajah.
Tapi anda tau x teknik yang betul dalam proses mencuci muka ni?



Hari ni saye nak stresskan pasal cara mencuci muka dengan betul n berkesan.
Senang jeee..

Bahan-bahan yang mesti ada:
1. Pencuci muka of course
2. Facial cloth or tuala kering yang lembut

Mula-mula, letakkan cleanser tu kat 5 dot kat muka anda.
Dagu - Pipi kiri - Pipi kanan - hidung - dahi

Dah?
Then menggunakan 3 jari bermula dari jari kelingking, sapu dan urut muka dari point dagu dan ke atas.
Ingat urutan mestilah ke atas ye, or nanti muka anda akan jatuh ke bawah.
Tujuan urutan ke atas ni adalah untuk menegang dan mengelakkan kedutan kat muka kita.

Bila dah rasa puas hati dengan pencucian anda, basahkan facial cloth, perah n mula dari bawah dagu, swipekan di muka anda dengan urutan ke atas sampailah tak ade lagi sisa2 cleanser.
Bagusnye guna facial cloth ni adalah disebabkan faktor hygiene.
Sebab lepas kita cuci guna facial cloth kita akan buang benda tu kan.
So, kuman2 n kotoran2 kat muka tu xde can nak melekat kat muka kita lagi.

Kalau rase malas nak guna facial cloth, alternatifnya ialah guna towel.
Tapi kene tengok jugak.
Jangan la pakai towel yang kita guna buat lap badan sekali ngan lap muka.
Seeloknya guna towel yang asing, n tukar setiap 2 hari.
Barula kulit muka confirm bersih. Hehehe.
Lepas tu bolehla proceed dengan freshene n hydrate.

Selamat mencuci muka! :D





Tuesday, April 24, 2012

Review: Satin Lip Mask for a perfect lips

Hye Assalamualaikum..

Mesti ramai yang mengidamkan bibir yang lembut, lembap, x kering, merah, x pucat, n mungil juge.
Ramai jugak yang ade bibir yang gelap disebabkan pigmen n warna kulit kita.
Tau tak, bende2 sume ni boleh diatasi!

Hari ni saye nak kongsi macam mane nak dapatkan bibir yang cantik tanpa nak bedah2.
Hehe.


Bibir sihat idaman semua wanita
Pernah dengar lip mask?
Bukan muka je kene pakai mask, bibir pun kene mask jugak for extra care.

1st step : Satin lip mask
Satin lip mask ade 2 fungsi : 1st sebagai mask untuk menganjalkan bibir n memperbaiki tekstur bibir dan juge mengelakkan kedutan.
2nd : Berfungsi sebagai scrub yang akan menanggalkan sel kulit mati di bibir dengan manik2 halus yang ada dalam mask tu.

Hasilnya: Bibir yang segar, merah n licin sebab kulit2 mati tu dah disingkirkan mase scrub.

2nd step: Satin lip balm
Lepas pakai lip mask tadi, kita mestila nak kekalkan kelembapan bibir kita kan?
Selain tu fungsi lip balm untuk melindungi bibir dari kerosakan persekitaran dan juga kering akibat panas matahari. Tekstur Satin lip balm ni ringan, tak melekit n tak kesat macam lip balm yang lain.
This is one of my customers and my favourite product from Mary Kay.
Sangat best n efektif!


Satin Lips Mask n Balm from Mary Kay


Nak cube sendiri?
Contact me at 0173262007.