Friday, July 20, 2012

Tips mengenal pasti rawatan dan penjagaan wajah yang betul

Assalamualaikum n hye..
Lame x update kat sini but for latest promotion bolehla tgok kat fb gambar2 sume dah upload :D
Klik sini .

Ok hari ni topik sye adelah tips mengenal pasti rawatan dan penjagaan wajah yang betul.
Ramai orang cepat terpengaruh dengan iklan-iklan rangkaian penjagaan wajah di tv and ramai jugak yang terpengaruh dengan kata2 promoter mase nak beli set penjagaan wajah.
Btul x?
Lepas tu bila dah beli, dah pakai sebulan 2 still tak nampak hasil, or ade jugak yang makin teruk.
Yang mana ok tu xpe la, tapi yang x ok tu macam mana?
Kenapa hal-hal macan ni terjadi?
Sebab ramai yang sebenarnya xtau ape masalah sebenar kulit and ape cara sebenar nak mengatasi masalah kulit tu.

Jadi saye nak share tips mengenal pasti rawatan dan penjagaan wajah yang betul:

1. Kenal pasti jenis kulit wajah
Mula-mula skali kita kene tau ape jenis kulit kita. Basically jenis kulit manusia ade 4 iaitu kering, normal, kombinasi dan berminyak.
Ni sangat penting terutama sekali masa nak pilih produk penjagaan wajah sebab produk penjagaan wajah akan bertindak mengikut fungsi dia. Jadi kita lah yang kene tentukan produk ape yang sesuai dengan jenis kulit kita. Jangan bila kita rasa kulit kita minyak sikit2 tapi kita beli yang untuk kulit berminyak punye sedangkan kulit kita kombinasi. Salah tu.

2. Kenal pasti masalah utama kulit kita
Kita kene pilih produk yang sesuai untuk atasi masalah kulit kita jadi, kita kene tentukan secara spesifik apa masalah kulit kita and ape yang kita nak perbetulkan.
Jangan lah bila kulit kita berjerawat and masa yang sama kita nak kulit cerah.
Lepas tu promoter pulak suggest whitening product yang katanya boleh hilangkan jerawat sekali kan.
It's preferable to be specific dulu :)

3. Step by step
Sebagai manusia lumrah lah kan kita nak kulit licin, cerah, halus, xde jerawat, flawless bla3..hehe.
Banyak produk kecantikan yang tawarkan macam 8 in 1 la, 12 in 1 la kan.
Some are good to certain skin. Ingat, kalau orang lain pakai ok tak semestinya kita pakai pun ok.
Sebab kulit kita ni lain2 jenisnya. So kita kena pakai ape yang sesuai dengan kulit kita.
Kalau kita buat rawatan (bagi kulit bermasalah), seeloknya step by step.
Contoh kalau ade masalah jerawat, fokus untuk hilangkan jerawat dulu. Lepas tu hilangkan parut pulak. Then cerahkan kulit. Its much more better and hasilnya akan nampak lebih baik :)

4. Pilih produk yang selamat dari bahan kimia berbahaya
Kat malaysia ni ade terlalu banyak produk kecantikan, be it sama ada produk Malaysia sendiri atau pun dari negara lain.Sebelum beli baca dulu bahan2 kandungan, and paling di rekemen is anda buat dulu research pasal produk tu. Cuba Google apa feedback orang tentang sesuatu produk tu, bahan-bahan produk tu, kesan die macam mana and so on. Jangan main beli je tau.
Sebaiknya pilihla produk yang menggunakan bahan2 botani dan organik macam Mary Kay ni. Selamat~
4. Sabar
Memanglah kalau boleh kita nak nampak hasilnya cepat kan. Banyak produk sekarang menawarkan hasil yang cepat. Tapi anda kene check betul2 apekah di sebalik hasil yang cepat tu? Pastikan bukan bahan berbahaya k..
Tapi tengok jugak kalau dah pakai sampai setahun xnampak gak kesan means produk tu memang tak efektif la ataupun xsesuai dengan kulit anda.
Bertindaklah secara bijak :)


5. Dapatkan nasihat consultant atau doktor
Untuk dapatkan produk yang betul2 sesuai dan jenis yang betul2 terbaik untuk kulit kita, why not kita dapatkan nasihat dari beauty consultant? Ataupun kalau anda ada masalah kulit yang teruk, dapatkan nasihat doktor. Jangan la pulak tanya dekat promoter dekat Watson tu. Hehe mereka tu promoter, kerja mereka untuk promote barang2 supaya kita beli. jangan silap yang tu k..

So saye harap post kali ni dapat beri panduan kat anda semua untuk menjaga kulit dengan betul.

Baju kalau koyak boleh hantar tailor, tapi kalau muka rosak?
Fikir-fikirkan.

Thank you for reading ^-^