Monday, December 31, 2012

I - Story : A sweet beginning

Assalamualaikum n hye..
Awal pulak bangun hari ni then tiba-tiba semangat nak berkongsi cerita kat blog ni hehehe.

Saya membenci zaman sekolah rendah saya sebab bagi saya, x banyak kenangan gembira yang boleh saya ingat sampai sekarang melainkan perkara pahit. Kenangan gembira cuma dengan kawan-kawan rapat, tapi kenangan pahit tu saya alami sampai la ke darjah 6. Masa tu saya bukan kategori orang cantik. Ye la, kulit pun gelap, pakai cermin mata pulak tu. Zaman dulu-dulu kalau pakai cermin mata ni orang anggap xstyle, huduh. So saya selalu diejek disebabkan rupa yang x cantik ni. Paling saya ingat, ade sorang mamat ni panggil saya Mata Lebah , Mata Besar (ciss) and ade jugak budak2 lelaki yang selambe main tendang2 saya (ciss lagi). Pastu dulu kan saya pernah suka sorang budak ni , aish malu pulak nak cerita hahaha >.< then ntah macam mana die dapat tau. Die jaja citer tu kat satu bas sambil gelakkan saya. Malu mak aih mana nak letak muka niiii +.+ . Maka lepas tu saya berazam nak jadi cantik cantik dan cantik!


Masuk skolah menengah, kulit saya mula 'matang'. Naik jerawat, kulit berminyak, xsekata. Oh masa ni pakai cermin mata dah mula diterima so xde la dicop xstyle lg hehehe. Macam2 produk saya guna, clean n clear, ginvera, hazeline snow, olay, rosa T, garnier bla3...macam2 sangat. Jerawat ade la surut skit tapi kulit still berjelaga hahaha. Misi untuk jadi cantik perlu diteruskan!


Masuk universiti, saya dah start tukar style sikit-sikit. Guna contact lense, n blajar makeup sikit2.

Tapi make up tu tebal la sebab ye la kulit kan berjelaga gelap + minyak huhuhu. Boleh kata almost everyday ade je orang tegur saya. Dorang cakap saya cantik tapi sebab make up. Tak tau nak happy ke nak sedih dengar. So tukar azam, nak cantik with less make up tapi masalahnye bila less make up dorang tegur , eh xsihat ke? sebab muka saya pucat. Camno tu? T.T Pastu saya pasrah, lantak la nak cakap apa janji cantik zzzz...

Ia bermula pada satu hari ni, waktu ni saya baru -baru  kerja, roomate saya masa kat U ajak pergi kelas grooming. Dia cakap FREE, wah saya memang pantang dengar perkataan FREE lagipun memang minat nak grooming kan lepas pasrah hari tu huhuhu. Tapi dalam hati macam ragu-ragu sebenarnya sebab kang kene paksa beli ke ape ke kan. Takut MLM sebab dulu dah penah kena. Pastu dah soal banyak-banyak kat kawan saya tu, die inform dalam kelas tu dia ajar cara penjagaan kulit and basic make up. Make sense jugak MLM ape nak ajar make up malam-malam ni kan. So saya pun pegi la dengan sorang member saya. Tapi dalam pada tu kitorang siap pesan kat masing-masing, "eh kau nanti kalau dia suruh beli ke apa jangan bagi aku beli tau".

Haha memang lawak!

So sampai kat sana (Bee Hive Seksyen 13 S Alam), kitorang masuk-masuk je ada bau wangi semerbak. Dalam hati, apakah? Rupa-rupanya dorang display perfume. Pastu jumpa kawan saya tu, da salam hug-hug sume, maklumlah da lama xjumpa kan hehe, then dia suruh kitorang duduk. Atas meja tu penuh dengan barang-barang yang saya pun xtau ape tu. Cuma saya nampak kat ada satu sudut tu ada barang make up. Haha laju je mata tu kan :p


Panic xhabis lagi ni sebab tetiba datang sorang lady pakai jacket warna merah. Dia introduce diri as Independent Beauty Consultant Mary Kay and kawan saya tu kira junior dia la sebab baru join. Dia tengah ajar kawan saya buat kelas skin care. Ohh.. Lepas tu dia pun mulakan kelas. As the time goes, saya dari panic tadi terus jadi excited sebab diorang bagi try product tu for FREE and xde suruh bayar pape pun. Dah free kan so apa lagi, nak jugak try tengok bagus sangat ke Mary Kay ni, dah la xpernah dengar kan hehehe.

Sepanjang kelas tu saya rasa n nampak perubahan kat kulit saya, lagi-lagi lepas dia suruh pakai Masker sebelah muka je. Lepas cuci hambik muka sebelah lain sebelah lain huhu. Lepas da abis skin care, dorang buat eye spa pulak. Mula-mula dorang suruh kitorang proceed kat make up terus n skip eye spa tu tapi saya mengada nak jugak sebab mata saya memang macam panda waktu tu. So nak jugak tak kira haha padahal awal-awal macam berhati-hati sangat la kononnye kan ;p. Lepas tu baru buat basic make up. Lepas habis make over trus rasa macam orang lain. Simple, pretty with less make up, just like what I wish for :) 
And the best part dorang xde pun suruh saya beli ke apa. Just tanya if I am satisfied with my look now.
Of course! :D

Lepas abis kelas tu, saya terus tanya macam mana nak jadi member. Actually semua orang terkejut sebab mula-mula kan saya macam berhati-hati la konon pastu tetiba tanya nak jadi member. Dorang brief saya apa yang saya kene buat as a consultant, apa benefit yang saya akan dapat n so on. Menarik sgt! Consultant yang pakai jacket merah tu suruh saya fikir dulu baik-baik macam tak percaya saya cakap nak join hehe. 

Oh tapikan masa tu perasaan saya macam xsabar nak nak nak! Balik rumah memang asyik teringat then malam tu jugak saya mintak consultant agreement form tapi xbayar registration fee lagi sebab masa tu xde duit sangat maklumla tengah-tengah bulan. Masuk bulan Mac terus saya jumpa diorang n bayar. 15 March 2012 bermulalah perjalanan karier saya sebagai Independent Beauty Consultant Mary Kay.

Alhamdulillah kekal sampai sekarang walaupun ade banyak kenangan pahit manis tapi semua tu motivasi untuk saya. Tapi yang penting, apa yang saya dapat sekarang bukan hanya kulit yang sihat, cantik with less make up, and kalau tak make up pun muka tak pucat :D plus saya dapat belajar banyak sangat pasal kulit, and also dapat balik self-confidence saya yang hilang, ye la dulu tak cantik nak bercakap ngan orang pun tak yakin huhu tapi sekarang siap boleh conduct kelas skin care sendiri yeay :D and of course, income pun dapat jugak sebab saya turut membantu wanita lain untuk menjadi cantik :D .

Rahsianya, apa-apa yang kita buat biarlah ikhlas n bukan sebab duit semata-mata. Bagi saya pengalaman masa kecik tu dah macam nightmare tp sekarang dah jadi motivation untuk saya , n saya percaya semua orang sentiasa ada peluang untuk cantik cuma kita kena bagi peluang kat diri sendiri :)

Jom tengok gambar :

Masa sekolah menengah. Saya yang paling kiri sekali. Boleh imagine rupa saya masa sekolah rendah?

Waktu zaman U. Pucat kan even make up tebal time ni =.='

Sekarang. Less but more with only foundation n powder


Sekian cerita saya, 

Insyaallah nanti saya cerita lagi ;)

Wednesday, December 26, 2012

Mary Kay vs Peeling/Blemiching Product

Assalamualaikum and hyee it's me again!
Merry Christmas to all who celebrate this season :)

Hari ni nak share sesuatu dari pengalaman customer-customer dan juga apa yang dipelajari dari Google and Mary Kay sendiri.

Semakin ramai orang dah mula sedar tentang akibat dari menggunakan produk pengelupasan atau yang famousnya dikenali sebagai 'peeling product'. Bahan aktif yang digunakan dalam product ni adalah Hydroquinone di mana bahan ni adalah bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser kulit, mencacatkan kandungan dan merosakkan kulit disebabkan cara tindak balas dia yang menghakis lapisan epidermis kulit. Even produk tu juga menggunakan bahan-bahan tumbuhan tapi kalau masih ada unsur-unsur hydroquinone, produk tu masih produk pengelupasan.

Produk/Kategori
Mary Kay
Product pengelupasan
Bahan aktif
Luo Huan Guo, Syllimarine dan pelbagai lagi ekstrak tumbuhan untuk disesuaikan dengan jenis-jenis kulit
Hydroquinone, Mercury, Methyl Paraben
Mengandungi pewangi sintetik?
Tidak
Ya
Mengandungi sabun/buih?
Tidak
Ya
Tempoh keberkesanan
Moderate
Cepat
Boleh digunakan ibu mengandung?
Ya
Tidak
Kesan jangka masa pendek
Kulit lebih lembut, anjal, halus, lembap, kawalan minyak berlebihan, tidak kusam, cerah, sihat, jerawat berkurang
Kulit licin, lembut, tiada cela (flawless), cerah gebu, jerawat dan parut jerawat hilang, tidak berminyak, pori-pori tak kelihatan,
Kesan jangka masa panjang
Kulit tanpa cela (flawless), garis halus/kedutan hilang, anjal, lembut, tegang, sihat, halus, muda, kawalan minyak berlebihan, cerah, tidak kusam, pori-pori mengecil
Kulit tak stabil, sensitive, gatal/pedih, kesan melecur kemerahan sekitar kulit, jerawat, pori-pori jelas kelihatan, cerah, kusam, menjadi berminyak atau terlalu kering, nipis
Kesesuaian jenis kulit
Mempunyai set dan range berbeza khusus untuk jenis dan masalah kulit
Untuk semua jenis kulit
Cara bertindak
Membersihkan kulit dan mengeluarkan bahan kimia hasil dari produk yang digunakan sebelum Mary Kay, menjernihkan dan menyegarkan kulit
Menghakis kulit – lapisan epidermis dan meninggalkan hanya dermis. Kulit akan menjadi sangat cerah dan flawless kerana lapisan atas sudah dibuang.
Harga
1 set  (Botanical) : RM296
1 set : RM300+-
Product guarantee
Ya
Tidak

Renung-renungkan dan buatlah pilihan yang tepat :)

Tuesday, December 25, 2012

Sharing : Kebetulan yang tak disangka!

Hye assalamualaikum :D

Hari ni actually free sikit sebab hari ni Christmas, so user2 sume ramai yang dah cuti.
Cuma kitorang still kene kerja untuk support. Tapi xpe janji dpt OT and keje xbanyak weehu ;p

So hari ni saya nak share something kat sini.
Kejadian ni jadi semalam tapi sampai sekarang still rasa excited lagi.
Ok saya cerita.
Semalam saya pegi jalan2 window shopping kat KLCC.
Lepas tu berhenti la kat surau untuk solat Asar and kitorang stay sebab nak tunggu Maghrib sekali.
Dalam pada tu saya make up la balik since dah cuci semua masa ambik wuduk kan.
Bukak la Mary Kay punya compact pro yang besar tu.
Nak dijadikan cerita, lalu la sorang wanita ni, tak sure bangsa apa tapi macam bukan orang sini.
Dia duk tengok je compact saya tu then suddenly dia tegur saya.

she : excuse me, from where did you get this makeup?
me : i sell it :)
she : really? how much? where is ur outlet?
me : i am independent beauty consultant, if u want to purchase u can contact me, i will come to ur house with all of the stuff n u can try everything with no charge (sambil bagi name card n tanya nama dia sume)


then dia try test2 powder n blusher suma. tanya ade foundation x blablabla.. :D
she : i'm interested. can u come to my house?
me : sure!

she : thank u u r so sweet :)

Part last skali paling best. Hehehe xde la gurau ;p
Kejadian ni buat saya terfikir, wow semudah tu je ke?
And ini satu motivasi jugak buat saya untuk teruskan perjuangan mencantikkan wanita-wanita dengan Mary Kay :)
 

Nak tau lagi lanjut tentang Mary Kay, contact me 0173262007 ;)