Sunday, September 21, 2014

Mary Kay Go Give Award Night 2014

Assalamualaikum & hai!

Hari ni nak share the moment masa Go Give Award Night last week!
Sangat bersyukur saya berada di dalam Mary Kay yang mengiktiraf kita walau sekecil-kecil pencapaian.
Masa kerja dulu takde pun macam ni :')

Go Give Award Night ni dah jadi tradisi dalam Mary Kay which is company akan mengiktiraf Beauty Consultant yang mencapai target or hampir mencapai target untuk Seminar.
Tengok, 'hampir' mencapai target punn dapat award tau.
Ya Allah serius terharu & rasa lagi semangat nak capai target seterusnya.

Sebenarnya ada banyak Bonus Program dalam Mary Kay tau.
Dari senang macam petik jari sampai la ke tahap yang susah.
Susah ke?
Kalau kita ni bersungguh, yang susah tu jadi senang :)

OK jom layan gambar dulu

Bersama Sales Director yg banyak membantu saya sampai ke tahap ni :)

Sales Directorsss

Mary Kay General Manager, Encik Nas

LOS Emerald Achiever! I'm one of them :)


Sales Director Award

Half Court Award!

Director saya lagi!

Happy me :)




Business Team Partners! Love u guyss







Peluang untuk menjadi seorang Beauty Consultant ni memang sesuatu yang istimewa untuk saya.
Betul-betul mengubah saya menjadia seorang yang yakin , berani & positif.
Leave the fear behind!

Saya tau ramai antara korang yang nak jadi Beauty Consultant Mary Kay, tapi tak tahu caranya, takut, tak yakin, rasa diri tak layak, tak cantik.
Jangan risau, saya akan bantu korang sampai berjaya.
Dengan syarat korang sendiri yang nak dibantu.
Kalau saya sorang je nak bantu susah jugak kan? Hehe.

Love,

0173262007
MiraIxora
Mary Kay Independent Beauty Consultant
Team Leader

Thank you for reading~! ^_^

Thursday, September 18, 2014

Review new product : Timewise Plus Volu-fill Wrinkle Corrector

Assalamualaikum & hello!

I'm so excited to review this very hot new product in line!

Timewise Plus Volu-fill Wrinkle Corrector



Revolusi sains alam semula jadi yg terhebat & selamat!

Important things to know : Tiada bahan pengelupasan, tiada bahan kimia berbahaya seperti mercury & hydroquinone. Berunsurkan bahan botanic yang diolah secara saintifik , tested & selamat untuk digunakan.

Berfungsi untuk menghilangkan garis kedutan dengan SEGERA ! Segera ye, bukan esok, lusa or minggu depan. Kesan dia memang sangat menakjubkan!

Kami ada test dekat tangan yang berkedut, and dalam beberapa saat terus hilang kedutan
Bayangkan bila kita apply kat kulit muka? Kulit bebas wrinkle dalam beberapa saat! :D


Before

After


SAINS DI SEBALIK PRODUK

Kompleks eksklusif TimeWise® Plus+ Regena-Firm™ menggabungkan faedah kuasa 3 yang penting bagi pembaharuan kulit:

- Peptida biomimetik yang membantu menyokong proses kritikal bagi pemulihan kulit.*
- Penggalak* asid hyaluronik membantu menyediakan kulit muda dan terangkat.
- Sel dasar tumbuhan membantu melindungi integriti matriks kulit, sumber ketegangan kulit.*

*Berdasarkan ujian in vitro bahan utama

Siapa yang sesuai untuk menggunakan Timewise Plus Volu-fill Wrinkle Corrector ?

1. Anda yang mempunyai kedutan di wajah
2. Anda yang berumur 45 ke atas

*Sila dapatkan konsultasi dulu ye :)

Sebarang pertanyaan boleh contact saya :

0173262007
MiraIxora
Mary Kay Independent Beauty Consultant
Team Leader

Thank you for reading~! ^_^

Wednesday, September 10, 2014

Step by step : Simple Blue Make up Tutorial (Electric Spring)

Assalamualaikum & hai!

Nak buat video make up tutorial tapi xde tripod.
Nak record model tapi sape pulak nak make up kan.
So kisahnye, kite make up model & snap gambar satu-satu hu3.
Insyaallah nanti dah ade assistant boleh buat video tutorial Mary Kay :D

Lets start!

Make up stuff yang digunakan :

Mary Kay Brush Set
Timewise Liquid Foundation (Beige 3)
Mary Kay CC Cream (Very Light)
Mary Kay Translucent Powder
Mary Kay Cheek Color (Cherry Blossom)
Mary Kay Cheek Color (Pink Petals)
Mary Kay At Play Baked Eye Trio (Electric Spring)
Mary Kay Liquid Eye Liner (Black)
Mary Kay Ultimate Mascara
Mary Kay Brow Definer Pencil
Mary Kay Creme Lipstick (Shell)
Mary Kay Nourishine Lip Gloss (Pink Parfait)


Seeloknya cuci muka & apply freshner & moisturizer sebelum memulakan make up.

Sebab parut & eyebag tak banyak, so kita cover pakai foundation pun dah cukup.
Sapu foundation pada bahagian bawah mata, pipi, hidung & dagu untuk highlight

After sapuan foundation.
Sekarang sapu pula CC Cream untuk kemasan lebih glowing & sekata

Buat dot-dot kecil sekitar muka & sapukan dengan foundation brush dari atas ke bawah

Tadaa! After CC Cream

Opps jangan pakai bedak lagi!
Kalau nak pipi nampak naturally blush, sapukan cheek color before pakai bedak.

Kita sapu 2 layer, warna gelap (Cherry Blossom) dekat bahagian tulang pipi & warna cerah (Pink Petal) dekat apple of the cheek

Ok now baru boleh sapu Translucent Powder

Lukis kening pulak. Nanti ada special tutorial khas untuk kening saje.

40% siap!

Untuk eyeshadow, kita guna Electric Spring color.
1st, sapukan warna biru di kelopak mata

Macam ni

2nd color, sapukan warna violet di atas garisan terakhir warna biru tadi & blend the color well

Guna berus ni untuk blending ye

Macam ni

Eh model jangan tido!
Ok next color, sapu warna putih  sebagai highlight.

Kita sapu warna putih dekat kawasan bawah kening sebab nak bagi nampak outstanding eyes.
Jangan ambil byk sangat warna putih nanti nampak tak balance. Also blend jugak dengan warna violet tadi.

Tadaa!


Lepas tu sapukan eyeliner favourite anda!
Tak kisah la jenis pencil ke, gel ke or liquid. Yang ni guna Mary Kay liquid eyeliner

60% done!

Nak lagi cantik terpukau menawan?
Sapukan mascara pada bulu mata. 
Kita guna Ultimate Mascara untuk bulu mata nampak lebih tebal & panjang

Zoom sikit

Sweet kann

Lipstick time!

Kita guna Mary Kay Creme Lipstick in Shell

And..lipgloss untuk bibir nampak lebih sihat!
Tapi jangan banyak2 nanti nampak macam baru lepas makan makanan berminyak hahaha

Dah siap! Jom pegi jalan-jalan


Special thanks to my all time model, esok dia dah balik Egypt sobss... & I will need new model.
Kalau tak dapat model jugak terpaksala diri sendiri jadi model hehehe.

Ok korang semoga terhibur & dapat belajar make up tips yg saye kongsikan ni :)

Sebarang pertanyaan boleh contact saya :

0173262007
MiraIxora
Mary Kay Independent Beauty Consultant
Team Leader

Thank you for reading~! ^_^




Monday, September 8, 2014

Tips memilih Lipstick mengikut bibir anda

Assalamualaikum & hello!

Hari ni nak share personal tips macam mana nak pilih lipstick yang sesuai untuk diri sendiri or orang lain.
Manusia ni berbeza, ada kulit cerah ada kulit gelap, ada bibir nipis ada bibir tebal, ada bibir cerah ada bibir gelap , ada bibir lembap ada bibir kering.

Pernah tak jadi situasi macam ni :
Kita tengok warna lipstick tu cantik bila si A pakai, then kita pun beli tapi kenapa color nampak tak sama macam si A pakai sedangkan ia lipstick yang sama?

Haaa tu dia.. Ni ada sedikit cadangan & tips dari saya.
Ok masing-masing jom check bibir.

1. Bibir Gelap vs Bibir Cerah

Ni issue paling common. Gelap atau cerah bibir kita bergantung pada banyak faktor --> 
melanin, lifestyle, & cara penjagaan bibir.

Kalau korang memiliki warna kulit yang agak gelap, warna bibir korang mungkin agak gelap sikit sebab kandungan melanin banyak (melanin yang menentukan warna pada kulit).

Kalau korang merokok (tak semua ye) pun bibir boleh jadi gelap disebabkan kandungan nikotin yang tinggi.

Kalau korang tak mengambil berat penjagaan bibir pun menyebabkan bibir boleh jadi gelap & kusam
- lepas makan tak lap bibir, pencuci muka sapu skali kat bibir
- tak pakai lip balm
- tak scrub bibir
- pakai lipstick yang mengandungi lead or kandungan bahan kimia tinggi (biasanya kalau warna lipstick tu tahan lama & kekal tandanya kandungan bahan kimia tinggi)

Tips pilih lipstick :

1. Rajin bersihkan bibir selepas makan, scrub bibir 2 or 3 kali seminggu. 
Nak senang boleh guna Mary Kay Lip Mask untuk scrub bibir, cepat & berkesan.
2. Pakai Lipstick yang teksturnya Matte atau Cream sebab lipstick jenis ni pekat & dapat tutup bibir yang gelap tu so xde la bila pakai lipstick nampak macam 'double layer'
3. Elakkan pakai lipstick yang textur Glossy sebab jenis ni agak nipis & akan menampakkan bahagian bibir yang gelap

Cadangan Mary Kay Lipstick :

Mary Kay Creme Lipstick



2. Kulit Cerah vs Kulit Gelap

Warna kulit pun berperanan penting untuk kita pilih warna lipstick yang sesuai.
Kalau silap warna boleh membuatkan kita nampak pelik or pucat sepanjang hari.

Jangan rasa rendah diri kalau korang berkulit gelap. Orang kulit gelap ni cantik tau :)
Cuba tengok Beyonce, Rihanna, Bipasha Basu etc, semua kulit gelap tapi cantik kalah orang kulit cerah. Yang penting korang kene yakin & pandai sesuaikan warna.

Tips pilih lipstick bagi kulit gelap :

1. Elakkan warna Neautral, Coklat & Soft Pink sebab akan buatkan warna bibir tenggelam
2. Pilih warna sedikit terang contohnya warna Dark Pink, Berries, Merah, Coral & Oren
3. Boleh juga pakai warna Metallic (jenis lipstick yang berkilat)
4. Tambah sedikit Lip Gloss dia atas lipstick untuk efek bibir segar & sihat

Cadangan Mary Kay Lipstick :

- Mary Kay Creme Lipstick Apple Berry
- Mary Kay Creme Lipstick Red
- Mary Kay Creme Lipstick Garnetfrost
- Mary Kay True Dimension Lipstick Coral Bliss
- Mary Kay True Dimension Lipstick Citrus Flirt
- Mary Kay True Dimension Lipstick Sassy Fuschia
- Mary Kay True Dimension Lipstick Wild About Pink
- Mary Kay True Dimension Lipstick Sizzling Red
- Mary Kay True Dimension Lipstick Firecracker


Mary Kay True Dimension Lipstick

Bagi yang berkulit cerah, biasanya semua warna boleh masuk.
Tapi ada warna yang menampakkan korang 'biasa je' & ada color yang buat korang nampak wow!

Tips pilih lipstick bagi kulit cerah :

1. Pilih warna Neutral atau Soft Pink untuk penampilan 'sweet & young'
2. Pilih warna Coral atau Oren untuk penampilan 'fresh'
3. Pilih warna terang seperti Red , Hot Orange or Hot Pink untuk penampilan berani & lain dari yang lain
4. Pilih warna Coklat atau Merah Gelap untuk penampilan misteri (sesuai untuk pakai pada waktu malam)
5. Elakkan warna Metallic (cerah atau gelap) sebab akan membuatkan bibir nampak terlalu pucat atau terlalu 'over'

Cadangan Mary Kay Lipstick :

- Mary Kay Creme Lipstick Dusty Rose
- Mary Kay Creme Lipstick Pink Satin
- Mary Kay Creme Lipstick Pink Passion
- Mary Kay Creme Lipstick Shell
- Mary Kay Creme Lipstick Red
- Mary Kay Creme Lipstick Amber Suade
- Mary Kay Creme Lipstick Toffee
- Mary Kay True Dimension Lipstick ( all color)

3. Bibir Nipis vs Bibir Tebal

Tips pilih lipstick:

Kalau korang memiliki bibir yang comel & nipis, seeloknya pilih warna yang cerah & bertexture Glossy or Shine . Ia akan buat bibir korang nampak lebih penuh.

Dan kalau bibir korang jenis tebal or sexy mcm Angelina Jolie, pilih lah warna yang agak gelap & texture Matte atau Creme untuk efek bibir yang bersaiz sederhana 

Cadangan Mary Kay Lipstick (bibir nipis):

- Mary Kay Creme Lipstick Dusty Rose
- Mary Kay Creme Lipstick Pink Satin
- Mary Kay Creme Lipstick Pink Passion
- Mary Kay Creme Lipstick Shell
- Mary Kay True Dimension Lipstick Coral Bliss
- Mary Kay True Dimension Lipstick Firecracker
- Mary Kay True Dimension Lipstick Tangerine Pop
- Mary Kay True Dimension Lipstick Pink Cherie
- Mary Kay True Dimension Lipstick Color Me Coral
- Mary Kay True Dimension Lipstick First Blush
- Mary Kay True Dimension Lipstick Natural Beaute

Cadangan Mary Kay Lipstick (bibir tebal):

- Mary Kay Creme Lipstick Apple Berry
- Mary Kay Creme Lipstick Red
- Mary Kay Creme Lipstick Amber Suade
- Mary Kay Creme Lipstick Toffee
- Mary Kay True Dimension Lipstick Citrus Flirt
- Mary Kay True Dimension Lipstick Sassy Fuschia
- Mary Kay True Dimension Lipstick Wild About Pink
- Mary Kay True Dimension Lipstick Sizzling Red

4. Bibir Kering vs Bibir Lembap

Tips pilih lipstick:

Untuk bibir yang kering atau cepat kering dan mengelupas, digalakkan untuk guna Lip Balm dahulu sebelum menyapu lipstick. Texture lipstick yang bagus untuk korang yang berbibir kering ni adalah jenis yang High Moisture ataupun Creme diikuti sapuan Lip Gloss. Bibir akan rasa lebih selesa & kurang merekah.
Elakkan Matte lipstick ye.

Untuk bibir lembap, korang bebas nak pilih apa-apa texture sebab bibir dah sihat kan :)

Harap tips ni dapat bantu korang pilih lipstick yang tepat ye :)
Kalau nak lagi tepat, test kat bibir terus & janga test kat tangan sebab warna tak sama.
Kalau nak sample lipstick Mary Kay boleh mintak dr saya :* (depend on stock)

Ok gorgeous,

Thank you for reading! ^_^

0173262007
#miraixora
Mary Kay Independent Beauty Consultant 

Team Leader