Tuesday, June 30, 2015

Product Review : Mary Kay Timewise Moisture Renewing Gel Mask

Assalamualaikum & hello!
Hari ni hari ke 13 puasa.
Sangat sekejap rasa macam baru je 2 hari lepas start puasa tiba-tiba dah hari ke 13.

Mesti ramai dah start shopping baju raya kan?
Make up raya korang dah shopping blom?
Kalau belum meh la shopping ngan kiteww hiks ^.^

Ok korang tau tak yang Mary kay pun ada sleeping mask?
Saya tau tapi tak pernah guna hehehe sebab masa tu muda lagi so rasa tak penting nak guna timewise punya supplemen, maka diriku pun memfokus nak putih dengan melacep hahaha gituw.
Tapi sejak akhir2 ni kesedaran mula timbul , especially kadang-kadang kulit rasa dry, sedangkan kulit saya jenis combination.

Tau je la kan, kalau kulit dry sangat make up susah lekat pastu cepat naik kedut.
Jadi hasrat nak pakai  Timewise Moisture Renewing Gel Mask ni meronta-ronta ahah.
Saya dah try selama 2 minggu, semingggu 2 kali.

Masa 1st experience pakai, rasa sejukk je muka. Selesa sangat!
Pastu selalu kalau kita letak krim kan ada rasa lembap-lembap skit tapi yang ni tak.
Dia macam meresap sepenuhnya dalam kulit.
Lepas tu apo lagi tido la hahaha.
Esoknya bangun tido terlupa yang malam tadi pakai gel mask , sebab tak terasa langsung macam pakai.
Sekali masa mandi cuci muka, macam..'eh kenapa kulit lembut semacam ni'
Tengok pores mengecil , nampak halus, skin texture pun nampak smooth.
Ni bukan propa tau, ni 1st thing yang terdetik kat hati masa cuci muka.
Tak tipu.
Then teringat yg malam tadi pakai gel mask.
Uuuuu bestnyaa rasa nak pakai hari2! Tapi tak boleh la kan arahan cakap 2 kali seminggu je, jangan durhaka.
Patutla mak saya dok cakap gel mask best gel mask best.(Mak saya pengguna tegar Mary Kay tauu)
Memang besttt sangat! :D




Gel dia kaler pink and bau sangat sedap!

Siapa yang boleh pakai?

1. Anda yang mempunyai combination or dry skin (Oily skin tak digalakkan)
2. Anda yang tak pernah menggunakan produk pengelupasan
3. Anda yang mempunyai masalah skin dehydrate
4. Anda yang TIDAK mempunyai masalah jerawat yang kronik (sikit-sikit xpe)
5. Anda yang mempunyai texture kulit kasar

Need skin consultation?
Do contact me lovely!

Bagi yang juga berminat nak tahu lebih lanjut mengenai karier dalam Bidang Kecantikan bersama Mary Kay pun boleh hubungi saya juga tau :*

Love,

0173262007
Mira Ixora
Mary Kay Independent beauty Consultant
Future Sales Director

Thank for reading!
xoxo

Monday, June 22, 2015

Kursus ESRS Mary Kay

Assalamualaikum & hai!!

Hari ni nak cerita pasal kursus ESRS.
Kisahnye sebab baru last week Beauty Consultants dari team saya yang pergi hehehe.
Kali ni dorang pakat pegi sekali ramai 4 orang hahh.
Mak jemah pun happy la tengok masing-masing excited & semangat nak belajar!


Mak jemah dgn BC BC kesayangan acewah.
Abaikan mukaku yang besar & bolat, lagi puasa lagi bolat muka. 


So apa itu ESRS?
Essential Steps to Reach Success

Nama pun TO REACH SUCCESS, makanya kalau anda betul-betuk nak jadi Beauty Consultant berjaya maka hadirkanlah diri ke kelas ni, sebab banyak sangat benda kita akan belajar dalam masa 2 hari ni.
In sha Allah ada rezki saya debut Sales Director saya nak apply untuk mengajar ESRS.
Doakan tau :)

Kelas ESRS ni selama 2 hari, ada bayaran skit la RM50.
Tapi!
Korang akan dapat pulangan berganda tau!
Lepas habis kursus 2 hari ESRS ni, korang akan dapat :

1. Sijil yang laku kat 38 buat negara! (China, US, Brazil, Singapore, Phillipines & much more)
2. Free lipstick 
3, ESRS pin boleh letak kat jacket, lambang ke-professional-an korang hehehe
4. Mary Kay Planner Book
5. Voucher produk Mary Kay bernilai RM200 (fuyyoo)

Sepanjang ESRS ni korang akan diajar untuk grooming, make up, cara nak buat Skin Care Class, business plan, menentukan goal masing2 & banyak lagi!
Serius xtipu, it's really an interesting class tau.
Happy happy fun fun je, no stress hehehe.


Tahniah Kak Wani sbb dapat BEST goal poster!

Lepas ESRS, korang akan graduate yayyy & dah ready untuk mengKAYA kan diri & jugak wanita lain :D


Tahniah buat BC BC yang dah graduate ESRS.
Saya tahu anda sangat hebat! All the best semua :)

Bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai karier dalam Bidang Kecantikan bersama Mary Kay pun boleh hubungi saya juga tau :*

Love,

0173262007
Mira Ixora
Mary Kay Independent beauty Consultant
Future Sales Director

Thank for reading!
xoxo

Mary Kay Recognition Night

Assalamualaikum & hello!

Masih belum terlambat nak ucapkan Selama Menyambut Ramadhan!
Sedar tak sedar hari ni dah hari ke 4 berpuasa.
Cepat sungguh masa berlalu kan :)

Hari ni nak update tentang our unit Recognition Night last week.
Bagi yang xtahu, pencapaian kami sbg Beauty Consultant ni akan diiktiraf setiap bulan tau!
Jadi if u work hard u will get more!
Kali ni saya rasa sangat sangat sangat happy sebab ramai achievers dari Beauty Consultants & team saya sendiri.
Alhamdulillah, syukur sangat dapat bantu mereka achieve apa yang mereka nak :)
Dan salah seorang achievers dia ehem..iolls la hehehe :p

Jom tengok pic!



Top Freshie for May 2015 : Noor Adilah Jamaluddin


Ladder of Success Sapphire on Track : 
1. Azrieza Abdul Hamid
2. Masni Ahmad Nawawi
3. Noor Alysa Abu Hanafi



Ladder of Success Ruby on Track :  Zuhairah Mohd Zuhairi


Ladder of Success Emerald on Track :  Me! (tersipu malu :p)


And alhamdulillah Queen of Sharing!




To all my team, keep it up!
Realy proud of u guys sampai berlinang air mata ku terharu sobss! T.T
Bulan depan ada new activities & plans menarik untuk mengKAYA kan kita semua.
Stay tunee :D

Nak tahu lebih lanjut mengenai kerjaya Mary Kay?
Jangan takut jangan segan ,

0173262007
Mira Ixora
Mary Kay Independent beauty Consultant
Future Sales Director

Thank for reading!
xoxo




Tuesday, June 9, 2015

Skincare untuk wanita hamil

Assalamualaikum & haii!

Siapa kat sini tengah pregnant angkat tangan! \(^.^)

Mostly orang pregnant akan menghadapi perubahan hormon yang menyebabkan kulit kita pun berubah. 
Ada yang dari kulit normal tiba-tiba masa pregnant kulit jadi berminyak.
Ada yang dari kulit halus-mulus tiba-tiba masa pregnant naik jerawat mencanak-canak.
Ada juga dari tak ada kedut tiba-tiba nampak macam berusia.

Ramai jugak yang takut nak pakai skincare sebab takut effect pada janin.
Sebenarnya kalau anda guna produk skincare yang mengandungi mercury, hydroquinone ataupun bahan-bahan kimia berbahaya memang patut wajib korang stop sebab bahan-bahan ni la yang boleh jadi punca keguguran atau kecatatan pada janin.

Jadi macam mana ni? Bakal-bakal mommies pun nak cantik jugak, nak kene jaga kulit jugak betul x? :)

Mary Kay Skin Care adalah antara skincare yang selamat digunakan sepanjang proses kehamilan kerana produk kita adalah 100% dari tumbuhan semulajadi.
Kalau sesiapa yang pernah try, daripada pencuci muka TIDAK berbuih (buih datang dari bahan kimia) hingga lah ke pelembap memang texture dia sangat lembut, ringan,  fragrance-FREE dan juga chemical-FREE :)

Terdapat 3 formula specific untuk mengatasi masalah dan melengkapkan keperluan kulit.







Hubungi saya untuk skin consultation terlebih dahulu ye :*

Bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai karier dalam Bidang Kecantikan bersama Mary Kay pun boleh hubungi saya juga tau :*

Love,

0173262007
Mira Ixora
Mary Kay Independent beauty Consultant
Future Sales Director

Thank for reading!
xoxo