Tuesday, March 29, 2016

Percutian Ke Hong Kong Day 2 : My very first holiday trip with Mary Kay!

Assalamualaikum & haii!!

Day 2

Hari yang dinanti-nanti!
Of course la sebab nak pegi Disneyland! Tak sabar mak :D
Sebelum tu kita isi perut dulu.




Breakfast kat Panda Hotel, buffet style.
Siap ada nasi lemak lauk kari kauu tapi tak berani nak ambik sebab rice dia rasa lain macam skit kat sini. 
Dorang kata banyak kanji. ye la kott.
Takut ambik nanti membazir pulak.

So saya ambik samosa ngan cereal. Eh ada samosa kentang tau. Sedap plak tu hahaha.
Pastu makan buah je banyak sampai terkencing2 :p


Outfit & make up of the day!
Lipstick pakai MK Creme Lipstick color Red , eye color pakai Truffle buat smokey eyes giteww.
Gambar ni lighting tak cun, tengok next gambar nampak jelas :D
Hari ni pakai wind breaker sebab katanya suhu hari ni turun lagi.
Plus nak pergi main kat Disneyland kene baju yang tak heavy.


Sebelum ke Disneyland, tour guide bawak pergi Ngongping 360 dulu.
Apakah itu?



Tadaaa!
Dia sejenis cable car hehehe.
And the best part is, ni adalah Cable Car terpanjang di Asia!
Bayangkan 35minit pergi & 35 minit balik.
Cable car dia boleh tahan laju daripada yang biasa kita naik kat Bukit Bendera.



Mary Kay bagi 200HKD untuk pilih makanan sendiri & shopping kat seberang.
Baiknyaa... love u lah Mary Kay!


Dapat cenderahati dari Ngongping 360











Cable car ni merentas bukit ke bukit.
Tinggi , curam & gayat.
Bila angin tiup tak tentu arah cable car kitorang.
Nasib xde org muntah kan hehehe.
At one point tu tak nampak apa sebab kitorang masuk dalam kabus tebal.
Syiokkk!



Dah sampai seberang!


Kat sini tempat dia cantikkk sesangat! Port yg best nak ambik gambar hihhi.


My favourite pic ;)

Kat sini boleh beli souvenier, banyak jugak yg best2.
Harga pun boleh tahan, kene pandai pilih coz ada yg murah ada yang mahal.

Pastu kan kat sini ada 1 kedai makan halal tau.
Pakistani punya tak ingat nama apa tapi memang the only one kat situ.
Dekat ngan entrance masuk.
Antara menu dia macam Nasi Briyani, Kebab, Pizza.
Semua boleh makan and sedap! Paling sedap dia punya kebab kambing.
Teringat-ingat sampai sekarang kott uwawaa *leleh airliur*
Korang kalau datang kedai ni bawak2 lah bungkus extra.
Menyesal sy xbungkus time tu :p



Balik dari Ngong Ping , tourguide bawak kami shopping kat Citygate Outlet Mall.
Dekat je dgn Ngong Ping tu seberang jalan.


Tu diaa

Kalau korang nak tau, kat Hong Kong ni bangunan dia semua jenis tinggi2.
Rumah pun sama memang semua jenis apartment & kondominium.
Tak ada langsung rumah atas tanah.
Pastu lagi tinggi kawasan dia lagi mahal, orang2 kaya yg akan duduk kat kawasan2 mcm tu.

Kat Citygate ni ada kedai2 branded macam Coach, Kipling, Furla & banyakk lagi.
Tapi nak masuk kedai Coach kene beratur dulu ikut turn.
Leceh pulak since kitorang pun xde masa yang banyak sgt utk shopping so last2 tak jadi masuk.
Sempat jugak saya grab satu winter coat yg tengah sale 70% :D:D
Harga asal dia 1200HKD, lepas tolak 70% tu memang berbaloi lah beli sebab dapat murah.
Kain tebal & sedap, ngam2 pulak tinggal size sy je. 
Ape lagi rembat lah hahahaa.
Esoknya terus pakai nampak nau xsabo  :p

Nexttttt...DISNEYLAND!
Tu la motif trip ni sebenarnye heheh.
Sampai2 sini hujan renyai2, sejuk jgn cakap laa gigil tau.


Tempat ni sangat luas & bersih!
Toilet pun wangi gila omg xde bau hancing ke ape.
Sy kalau travel mmg paling cerewet bab toilet.
So far kat HK toilet mmg bersih cumanya tak de paip air la.
Kitorang memang ke mana2 mesti akn bawak 1 botol air kosong utk cebok kui3.
Masa kitorang pergi ni dah pukul 3pm camtu, dah mula ramai orang tp x crowded sangat.



Kat sini Mary Kay bagi lagi duit shopping 100HKD.
Makan FREE dekat cafe yg terpilih awwww...
TQ so much Mary Kay, layanan mmg FIRST CLASS :)




Pop corn kat sini sebatu dah boleh bau aroma dia.
Sedap gila bau, mula2 kuatkan hati xmo beli sebab harga dia 50HKD kott 1 bekas medium.
Convert duit Malaysia dalam RM26 *whaaat*
Tapi lepas 3 kali lalu kecundang jugak dorang ni, tak tahan godaan kwakwakwa :p
Tapi serius memang sedap gila popcorn dia. 
Manis masin semua cukup & semua popcorn salut caramel xde 1 pun yang putih :D


Sempat jugak tengok 5D show.
Keluar hall muka basah kene sembur air masa show hahah




Cinderella castle (kot)

Tempat dia memang cantik2.
Nak photoshoot pun boleh!
Layankan saje model2 sambilan ni yee :p






Naik few rides tapi sebab hujan ada jugak rides yg best2 xbukak :(
Tapi puas hati la sebab semua rides yg kitorang naik semua best2.

Then kitorang makan kat Asian cafe tak silap nama dia.
The only cafe yg ada Asian food.
Ada nasi lemak jugak. Rasanya dorg ni ambik famous menu je ehehe.
Tapi memang tak berani dah ambik nasik sejak makan nasik rasa pelik hr tu , makanya ambik Singapore Laksa.
Mak ai kali ni memang terpaksa akui yg laksa tu memang sedap! 
Nora bagi 5 bintang *thumbs up*

Disneyland tutup pukul 8pm , sebelum dia tutup, dorang ada perarakan dengan watak2 Disney.
Meriah!
Saya ada record tapi xdapat nak upload coz size besar.
Maybe kene masuk ke youtube dulu kot nanti sy try.
Last skali ada fireworks!
Tapi kannn...masa firework tu sy dah xtahan masuk toilet :(
So tak sempat nak record or snap pic huuu 
Kalau korang pergi, make sure sebelum 8pm semua 'nature call' da settle tau :p

Ok see you on the next day entry!

Love,

0173262007
Mira Ixora
Professional Beauty Consultant
Mary Kay Independent Sales Director

Thank you for reading!

xoxo







Friday, March 25, 2016

Percutian Ke Hong Kong Day 1 : My very first holiday trip with Mary Kay!

Assalamualaikum & haiii!

Apa khabar semua? Sihat?
Saya baruu je baik dari demam XD
Maybe sebab penat travel masih belum habis.

Hujung Febuari 21-24 haribulan saya ke Hong Kong , trip pertama saya yg Mary Kay sponsor!
Alhamdulillah syukur.
Seminggu lepas tu saya ke Bandung pulak sempena birthday & wedding anniversary saya, ni bukan Mary Kay sponsor tau, over sangat kalau nak sponsor yg ni hehehe :p
Then tak cukup rehat plus kat Bandung pulak sekarang musim hujan, terus demam panas.
Tuhan nak suruh berehat tu hehehe...

Ok..hari ni nak share ngan uols pengalaman masa kat Hong Kong.
Mana tau ada yang nak gi ke lepas ni kan

Hong Kong Day 1




Flight pukul 9pagi tapi berkumpul pukul 6 pagi.
Rasa macam banyak masa lagi tapi sebenarnya memang ngam-ngam je tau.
Nak solat, briefing, bag check in , pastu masuk gate, tak sampai 15minit dah boarding.

Perjalanan boleh tahan lama, 4 jam flight. 0.0
Bangun tido banyak kali tak sampai2 lagi last2 tengok movie dalam flight hehehe.
nasib baik Mary Kay bagi naik Cathay Pacific, kalau Air Asia tak de can la nak tengok movie.

Sampai2 sana, jam dah pukul 1pm.
Waktu sana sama macam waktu Malaysia, cuma waktu solat awal dalam 1 jam lebih kurang.


Dah kat Airport Hong Kong!

Masa ni masing2 dok keluarkan windbreaker & jacket tp saya steady lagi coz baju yg pakai ni memang jenis tebal punya.



Jadi dari airport, kami dibawa tourguide ke Masjid dulu.
Nama Masjid tu Masjid Ammar.
Masjid terbesar di Hong Kong! :)
Masjid ni dibina bukan oleh orang Hong Kong tapi oleh immigrants Muslim yg datang ke Hong Kong.
Bak kata tourguide kami, Hong Kong ni ramai immigrants.
Ada china, Indonesian & many more.

Depan Masjid Ammar


Sekitar kawasan Masjid


Suhu time ni around 15-18 C mcm tu
Turun bas je kene tiup angin, perhhh sejuk sampai tulang! 
Tu yg trus pakai glove ngn mafla. Pastu kan masa nk ambik wuduk lagi laaa, beku rasa tangan hehehe. Tapi best! :D

Dah selesai solat, kita makan pulak.
Culture sana dalam bas tak boleh makan.
Tapi driver kitorang baik, dia bagi makan tapi dia berhentikan bas kat tepi sampai kami habis makan.

Ni lah lunch kami. Salmon sandwich since xleh ambik chicken or beef.
Tak cukup kenyang ni kalau perut saya :p

Lepas tu kami terus check in di hotel.
Panda Hotel namanya. Location dia agak strategic sebab kat tengah2 bandar, pastu kan yang lagi best sebab kat bawah dia ada shopping mall. 
AEON pun ada! Pastu kann siap ada sale, ni kene kuat kalau tak memang tak pepasal duit abis sebab shopping kat situ :p

Lega dah sampai hotel. Sepanjang 4 hari kat situ, air cond sikit pun tak bukak sebab da sejukk.
Nak mandi pun kene make sure air panas dah keluar kalau tak melompat2 kat shower tu sebab sejukk hahaha.
Sampai hotel rehat jap & bersiap sebab malam tu ada Dinner and education sikit dari our Mary Kay Executive Elite Sales Director from Hong Kong. Wanita ni gaji dia bermillion HKD ok!
Kalau convert duit RM lagi la nak pitam rasa.
Leleh airliur dengar fuhhh.



As usual, memang dessert yang saya capai dulu :D


Udang ni sedap
Yang lain tak berapa nak lalu sangat hehehe maklumla tekak Melayu



Gadis dan wefie berpisah tiada

Ok kita sambung Day 2 kat next entry ya!


Love,

0173262007
Mira Ixora
Professional Beauty Consultant
Mary Kay Independent Sales Director

Thank you for reading!


xoxo