Wednesday, April 25, 2018

Rutin penjagaan wajah Mary Kay untuk mengecilkan pori

Assalamualaikum & hai!

Semalam saya dah bercerita tentang punca-punca pori di wajah terbuka dan membesar .
Jadi hari ni saya nak share kan 5 TIPS yang boleh anda amalkan & cara untuk membantu mengecilkan pori anda!


1. Minum banyak air putih sehari.



Air putih sangat membantu untuk hydrate kan kulit kita. Kekurangan air putih ni bukan je menyebabkan pori besar tapi kulit akan nampak kusam, letih, kawasan bawah mata pun cenderung untuk jadi gelap & kering.
Penting tau!

Saya pun xsuka minum air putih sebelum ni, macam xmasuk je dengan tekak, kadang-kadang rasa nak muntah pun ada huhuu.
Tapi saya paksa diri untuk minum setiap hari. Mula-mula 1 gelas sehari, pastu 1 botol kecik sehari, lama-lama dah terbiasa sampai kalau xminum air putih mesti automatik teringat.
Dan lagi satu tips, setiap kali makan kat rumah or makan luar, always order 1 gelas air putih.
Jimat pun jimat, sihat lagii

2. Pastikan kulit dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari

Supaya kotoran, sel kulit mati dan minyak tak tersumbat dalam pori. Jangan malas or beri alasan tak sempat yaa. Nak kulit cantik mesti kene luangkan sedikit masa untuk jaga.
Saya personally akan cuci muka sehari 3 kali, pagi, petang dan malam sebelum tidur untuk pastikan kulit sentiasa bersih & fresh

Saya suggest anda tambahkan MARY KAY SKINVIGORATE BRUSH dalam rutin skincare anda.
Jari kita mok mok xboleh nak mencuci hingga ke celah pori, kotoran dan minyak akan berkumpul & masuk jauh lagi ke bawah kulit. Jadi kita perlukan bantuan 'sesuatu' untuk mencuci ke celah pori.

Especially anda yg ada masalah pori besar, kulit berminyak & senang berjerawat. 
Dan waktu kita period, masa tu kulit akan jadi extra minyak. Jerawat mmg sangat mudah naik.




 Bersalah rasa kalau x share dengan anda benda yg sgt membantu ni

3. Gunakan sun protector setiap kali keluar rumah

Zaman sekarang dah x macam dulu. Panas bahang sampai rasa boleh koyak kulit huhu..
UV dan panas matahari boleh menyebabkan skin cell damage, rosak dan menyebabkan pori kurang elastin. Dan membuat kan pori jadi lebih besar.

Guna lah Sun protector yg betul ikut keperluan.
Daily : SPF 15-35
Outdoor : SPF 50 dan ke atas

Jangan guna spf yg terlalu tinggi untuk daily sebab dia akan mmbuatkan pori lebih besar dan aging.

Lagi satu tips, kalau anda kerap memasak (lama terdedah haba panas) sy cadangkan anda pakai sun protector juga dan jangan lupa serum Pore Minimizer.

4. Amalkan gaya hidup sihat

Bersenam, jaga pemakanan jangan terlalu banyak ambil makanan berminyak.
Jangan merokok dan elakkan terdedah dengan asap rokok.

5. Gunakan complete skincare yang sesuai dengan keperluan kulit

Guna cleanser saja /serum saja/ pelembap saja xkan boleh selesaikan masalah kulit.
Sebab setiap item dicipta ada fungsi yang tersendiri dan MELENGKAP skincare set tersebut.
Dan skincare juga membantu untuk anda dapatkan pori yang halus dan bersih

 Jom tengok fungsi skincare set :

Cleanser : Untuk membersihkan kulit daripada kotoran dan minyak tanpa mengganggu elemen asal kulit
Mask & Scrub : Membuang sel kulit mati, membersihkan & menghaluskan pori
Freshen (toner tanpa alcohol) : Mencuci kulit kali kedua , membantu merapatkan pori terbuka
Moisturizer : Mengawal kelembapan kulit

Sy cadangkan untuk anda cuba range Timewise dan MARY KAY MICRODERMABRASION SET (REFINE & PORE MINIMIZER)


Dalam satu set ni ada 2 item, Refine & Pore Minimizer.
Set yang memang khusus untuk selesaikan masalah pori terbuka anda

Refine adalah scrub yg halus & kasar, untuk singirkan sel kulit mati , anti aging, menegang & menganjalkan dan menghaluskan kulit.
Pore Minimizer, sesuai dengan namanya untuk mengecilkan dan merapatkan pori anda.

Psstt, sy pun guna ni. 1 of my favourite!

Ok..harap dapat beri manfaat dan panduan untuk anda pilih penjagaan kulit yang sesuai untuk masalah pori besar.

Inshaallah next entry sy akan share Petua semulajadi untuk mengecilkan pori pula.

Jom sy bantu anda cantik di hari raya!

www.wasap.my/60173262007
Professional Beauty Consultant Mira Ixora
Mary Kay Independent Executive Senior Sales Director

Thank you for reading!

xoxo

Monday, April 23, 2018

Punca pori terbuka

Assalamualaikum & haiii!!
Apa khabar semua?

Hari ni nak cerita ttg pori dengan uolss!

Siapa ada pori?
Haa xpayah jawab sbb smua org yg mempunyai kulit ada pori 🙈😁
Tapi..siapa yg ada masalah pori besar mcm ni?🙋


Jom kita kenal dengan pori dulu.



Sebenarnya pori-pori kulit adalah folikel atau kantung kecil tempat akar rambut tumbuh. Pori-pori terdapat di seluruh area kulit, kecuali bibir, telapak tangan, dan telapak kaki.
lubang-lubang kecil (pori) ini berfungsi sebagai jalan keluar minyak, keringat, dan hasil detox badan.
Tapi yg menjadi masalah adalah pori di muka.
Sebab muka adalah aset utama seseorang.
Jumpa org mereka akan pandang muka dulu betul?

Sy dulu sebelum berMary Kay pernah ada masalah kulit berminyak n pori besar. Xconfident nak jumpa org, Sampai terpaksa pakai make up tebal sebab nak tutup kekurangan.


Nak tau apa yg jadi punca-punca pori besar?




Kalau kulit jenis berminyak paling mudah ada masalah ni. Pastikan kulit dibersihkan dengan teratur, at least 2 hari sekali, terutama sekali bahagian pori.

Pori ni sifatnya elastik. So bila ada benda tersumbat size maka dia pun akn mmbesar ikut size bendasing tersebut.
SEL KULIT MATI yg xdibuang pun boleh menyebabkan pori tersumbat !











Mksudnya, aging.
Betul, bila kita dah mula meningkat usia penghasilan kolagen kulit kita ni akan berkurang. So dia akn kurgkn elasticity kulit termasuklah pori.
Pori akan kendur , dan tu mmbuatkan dia nampak lebar & besar




Ada jugak org yg mewarisi genetik pori besar.
Kes mcm ni biasanya bila dia remaja lg pori dah mula besar n certain case, kulit berjerawat.
So org2 mcm ni sgt perlukan penjagaan kulit yg teliti.

Pori juga disebabkan oleh hormon. Biasanya perempuan yg paling obvious sekali bila period, ataupun perubahan hormon semasa pregnancy & sebagainya.



Haa..dalam Ertikata mudah, xpakai spf (sun protector)
Penting sgt spf lg2 skrg ni cuaca panas sgt2 smpai terasa kulit tu perit!
Sun damage ni merosakkan elastin kulit, so mmbuatkan kulit & pori kita kurang keanjalan n melebar.
Pori akan nampak lebih besar.


  
Merokok, kurang minum air putih pun boleh menyebabkan pori kita terbuka.

Merokok ni dia rosakkan sel2 kulit juga.
Dan kalau kita kurang minum air, skin akan dehydrated dan menyebabkan kulit kering n kecut.
Pori akn kendur & melebar

Pekerjaan yg terdedah banyak pd cahaya matahari & HABA pun buatkan pori senang terbuka.
Mcm tukang masak or bakers, byk terdedah haba.
On site worker juga selalu terdedah pada matahari dan sangat perlukan penjagaan kulit yang betul.


Nak tahu penyelesaian kepada masalah pori-pori terbuka?

Jom ke next entry!
--->>

Love,

www.wasap.my/60173262007
Professional Beauty Consultant Mira Ixora
Mary Kay Independent Executive Senior Sales Director

Thank you for reading!
xoxo