Monday, January 5, 2015

Tips menangani kulit kusam

Assalamualaikum & hai!

Siapa pernah alami kulit kusam?
Pernah tak bila tengok cermin masa tak make up tengok kulit macam xbermaya, pucat je.
Kadang-kadang kulit tak ada masalah tapi nampak kusam.
Pastu lepas make up pun nampak macam xde seri.

Biasanya kulit kusam ni terjadi atas faktor-faktor ni :

1. Kulit tak sihat & bermasalah (jerawat, jeragat etc)
2. Lapisan kulit mati tak pernah dibuang
3. Aliran darah kat kawasan muka kurang lancar
4. Emosi terganggu
5. Kulit kena sunburn
6. Aging skin
7. Tona kulit tak sekata

Boleh kata 70% wanita kat Malaysia ni ada masalah yang sama, termasuk la saya sebelum ni.
Jadi saya nak share few tips yang saya apply untuk atasi masalah ni :

1. Minum banyak air putih


Kulit memang perlukan banyak air untuk sentiasa segar & segah , lagi-lagi zaman sekarang ni kita banyak terdedah kat persekitaran luar, panas, debu lagi.
Tips kalau korang jenis malas minum air putih, korang pergi kedai pastu beli botol air yang cantik yang korang rasa korang sukaaa sangat2, then isi air putih and bawak botol tu mana2 je korang pegi.
Kadang2 kita perlukan motivation macam tu kan? Heheh..

2. Rawat masalah kulit 

Mary Kay Botanical Effects set

Mary Kay Acne Prone Skin set

Timewise Miracle set

Melacep Whitening set

Cara rawatan wajah yang betul adalah FOKUS pada apa masalah kulit korang dulu.
Jangan la kulit masalah jerawat tapi beli skin care untuk whitening. Make sure korang dapatkan consultation yang betul ye :)
Mary Kay ada pelbagai range yang boleh atasi masalah kulit.

3. Ambil supplement untuk makanan dalaman

Kekurangan nutrien penting dalam badan pun boleh menyebabkan badan kita lesu, letih, aliran darah kurang lancar. Toksin yang tak dibuang pun adalah salah satu punca kenapa kulit kita kusam.
Ni 5 supplemen penting yang saya amalkan  untuk kesihatan & kecantikan dalaman :

1. Collagen (untuk perbaiki & renew sel-sel kulit yang dah tak anjal, mencerah kulit semulajadi)
2. Vitamin C (melembap kulit tanpa buatkan kulit berminyak, mencerah kulit semulajadi)
3. B - Complex (kaya vitamin B untuk pengaliran darah yang baik, kurangkan stress & mood swing)
4. Alfalfa Complex (untuk detox toksin yang tak diperlukan badan)
5. ESP (kulit cantik , cerah & gebu)

My all time favourite!


4. Gunakan masker & scrub untuk buang sel kulit mati, blackhead & whitehead

Kulit kita akan regenerate sel kulit baru setiap hari. Jadi lapisan kulit lama yang dah mati tu akan mendap di bawah lapisan kulit baru kalau kita tak buang & tu menjadi punca kulit nampak kusam.
Annoying kan kalau kulit kita especially kat hidung berbintik hitam.
So untuk prevent & buang dia, amalkan masker!


Kalau korang nak tau, Mask Botanical F2 ni adalah 2-in-1, masker + scrub!
Best sangat , kalau korang pakai kat sebelah muka da boleh nampak beza dia, senget sebelah muka hahaha!

Lagi satu saya suka selang selikan Mask dengan Microdermabrasion ni.


Microdermabrasion adalah scrub yg sangat halus, fungsi dia untuk buang blackhead & whitehead, haluskan pori & kulit. Lepas cuci rasa kulit lembut licin sesangat!

5. Gunakan sun protector

Apa lagi yang boleh protect kulit kita dari UV selain sun protector kan!
Hehe so guna la ye untuk halang kulit korang dari kena sunburn.

Semoga bermanfaat!

Love,

0173262007
MiraIxora
Mary Kay Independent Beauty Consultant
Team Leader

Thank you for reading~! ^_^







No comments:

Post a Comment