Monday, March 30, 2015

Cara memilih warna tudung yang sesuai

Assalamualaikum & hai!

Apa khabar semua? Almost 1 month x update blog rasa gatal pulak tangan ni hehe.
Sorry ye uolls..saya bz sikit dengan Skin Care Class, Make Up class & some events.

Good news is promotion still berjalan until 15 April 2015.
Bulan ni promotion memang sangat best mesti korang suka punya hehehe.
Ada Botanical Effects promotion, Make Up Promotion, also launching of new product Mary Kay which is Melacep plus Ultimate Serum yang super best gilaaa!
Nanti saya update kan review :D
Kalau nak tau lebih lanjut pasal promotion, meh whatsapp okey ;)

So hari ni nak borak pasal tips nak pilih warna tudung yang sesuai dengan korang.
Ehem sebenarnya saya baru lepas shopping tudung semalam hihi :p
So nak share ngan korang macam mana saya pilih color tudung supaya muka nampak timbul, nampak berseri (ewah) , nampak segarr.

Saya kalau beli tudung saya akan pilih color yang saya tak pernah ada dalam wardrobe, color yang unik & corak yang unik & exclusive. Tapi tak semestinya tudung yang jenis macam ni mahal, makanya kene pandai cari la tengok kat online ke..pergi jalan-jalan kat Seksyen 7 Shah Alam ke (situ syurga shopping tudung ) and compare kan harga. 
Ingat tau nak berbelanja kene tengok pada kemampuan diri, jangan senang sekarang susah kemudian hehehe.



Kali ni kasi try warna pastel & almond pulak!


Personally saya lagi suka pergi kedai and try tudung tu kat situ sebab lagi senang nak tau warna tu sesuai dengan kita atau tak. Tapi kalau malas nak keluar beli tudung online je hehehe. 
Kalau online ,  simple tips ni sangat diperlukan :

1. Tahu korang Warm Color or Cold Color or Both?

Ada banyak cara nak tau kita ni Wram or Cold, tapi cara paling senang is tengok kat urat pergelangan tangan.


Ada 3 kemungkinan.
- Urat nampak kehijauan : Warm Color
- Urat nampak kebiruan : Cold Color
- Urat nampak sama banyak biru & hijau : Both Warm & Cold Color

Kalau tengok dalam pic ni adalah categori Both Warm & Cold sebab ada both color biru & hijau yang seimbang,
Ok dah tau korang Warm ke Cold? Jom tengok color apa yang sesuai pakai.


So korang boleh refer pada color chart ni :)

2. Dark skin VS Fair skin VS Medium skin

Kalau kulit korang jenis gelap ala-ala Dayang Nurfaizah, Beyonce or Nurul, elakkan warna tudung yang shocking contohnya shocking pink, lightning blue, kuning terang, merah terang or apa2 yang terang la. Baju tak pe but tudung no. Sebab color terang camni akan buat muka kita xnaik seri & nampak dull.
Also warna yang terlalu cerah pucat pun xboleh jugak contohnya warna pastel sebab akan nampakkan muka kita pucat macam tak sihat. 
Untuk kulit gelap boleh try Warm Colors yang lembut contohnya coral, mustard but again jangan shocking red ye :)

Untuk kulit cerah & medium tak semestinya semua color akan nampak cantik bila pakai. Kene tengok base skin color sama ada 'pinkish' ataupun 'yellowish'
Kalau jenis 'pinkish', korang lebih sesuai Cold Color. Kalau 'yellowish' Warm Color nampak lebih menarik. 
Jangan salah faham , maksud 'lebih menarik' tu bukan maknanya tak sesuai langsung, tapi lagi nampak naik :) 

3. Corak

Tudung plain adalah yang paling senang nak digayakan sebab kalau baju tu dah bercorak tak kan kita nak pakai tudung corak lagi kan nanti nampak crowded. Kalau baju tu plain kita boleh pakai tudung plain warna yang berlainan dengan warna baju. olor blocking gituu.

Tapi korang pun kene ada jugak tudung corak supaya tak la bosan sangat kan nak bergaya.

Kalau muka korang kecil, elakkan pakai tudung yang bercorak penuh sebab akan nampak tak seimbang. But kalau muka tembam or lebar memang cantik pakai yang bercorak penuh. 

Bunga kecil dengan bunga besar pulak kita tengok dari sudut kematangan. 
Biasanya kalau bunga besar akan nampak kita lebih matang compare to bunga kecil.

4. Jenis tudung

Sekarang ni terlalu banyak fesyen tudung, sama macam handphone la, lagi kita nak yang latest design nanti sebulan lepas tu palingh latest design keluar dah hahaha.

Ada tudung instant, bawal, cotton, lycra, chiffon, glitters pun ada & baaanyak lagi!
Pilih jenis kain yang korang akan selesa pakai.

Contohnya macam saya, saya suka chiffon crepe yang tak terlalu lembik & tak terlalu keras. Yang paling penting senang bentuk. Sebab tu laa saya suka test dulu kat kedai sebelum beli hehehe :p 
Tapi kalau beli online, tengok model pakai pun boleh tau tudung tu senang bentuk ke idak.

Advisable cari la kain yang jenis jatuh supaya tak la kembang kepala kita dibuatnya hahaha. Tapi kalau suka silakan hehe.

5. Try pakai dulu sebelum beli.

Lagi banyak kali kita cuba different color, lagi korang akan biasa & tau warna yang sesuai dengan korang.
Bila dah tau camtu senang nak imagine dulu sebelum beli online. Much safer :)

6. Guna make up trick

Ini kalau korang terbeli tudung yang color tak berapa sesuai. Cuba adjustkan dengan teknik make up yang betul. Contohnya pilih color lipstick yang sesuai, lukis kening bagi kemas, blusher sikit haaa insyaAllah mesti akan nampak ok!

Kalau saya, warna tudung yang saya avoid is warna yang terlalu terang macam kuning terang, hot red , pink terang sebab saya mempunyai Medium skin tone & yellow base.
Mostly warm color saya boleh masuk, but saya tak boleh langsung warna 'ice' (warna yang terlalu cold ) contohnya icy pink, icy blue, lilac & seangkatan dengan tu. Purple pun tak semua color saya boleh pakai.
Bukan senang sebenarnya tau hehehe :p


Boleh nampak kan mana tudung yang 
nampak menyerlah & mana yang tak? :)


Ok la, harap entry ni dapat bantu serba-sedikit untuk  korang pilih tudung.
Selamat ber shopping tudung :D


Love,

0173262007
MiraIxora
Mary Kay Independent Beauty Consultant
Future Sales Director




12 comments:

  1. Salam Mira. boleh saya gunakan tips2 mira untuk post di page saya? terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Salam, nk mintak pendapat, if baju kita jubah warna purple tudung warna apa ye yang sesuai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..boleh warna beige, light pink pun ok

      Delete
  3. Salam kalo jubah kite color dusty pink..tudung color ape sesuai? Tq in advance..��

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try color yang pastel tapi terang skit / kontra dari dusty pink.
      cthnya warna beige, cream, pastel blue, pastel purple pun boleh

      Delete
  4. salam,if jubah wrna royal blue tdung ssuai wrna ape ye?? n jnis kulit mcm sis๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  5. salam, if jubah wrna royal blue tdung ssuai wrnaa ape ye?? n jnis kulit mcm sis..๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  6. salam,if jubah wrna royal blue tdung ssuai wrna ape ye?? n jnis kulit mcm sis๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  7. Lau jubah mustard tdung cntik wrna apa ye...kulit x de lah putih tgh2

    ReplyDelete
  8. Lau jubah mustard tdung cntik wrna apa ye...kulit x de lah putih tgh2

    ReplyDelete
  9. As salam....mtk pdgn klu bju plain kaler merah..tudung kaler apa ek y sesuai?? Tq

    ReplyDelete
  10. Kalau baju kita warna dark magenta , purple seakan akan pink tu warna apa ye sesuai . N kulit sy sawo matang

    ReplyDelete