Wednesday, April 25, 2018

Rutin penjagaan wajah Mary Kay untuk mengecilkan pori

Assalamualaikum & hai!

Semalam saya dah bercerita tentang punca-punca pori di wajah terbuka dan membesar .
Jadi hari ni saya nak share kan 5 TIPS yang boleh anda amalkan & cara untuk membantu mengecilkan pori anda!


1. Minum banyak air putih sehari.



Air putih sangat membantu untuk hydrate kan kulit kita. Kekurangan air putih ni bukan je menyebabkan pori besar tapi kulit akan nampak kusam, letih, kawasan bawah mata pun cenderung untuk jadi gelap & kering.
Penting tau!

Saya pun xsuka minum air putih sebelum ni, macam xmasuk je dengan tekak, kadang-kadang rasa nak muntah pun ada huhuu.
Tapi saya paksa diri untuk minum setiap hari. Mula-mula 1 gelas sehari, pastu 1 botol kecik sehari, lama-lama dah terbiasa sampai kalau xminum air putih mesti automatik teringat.
Dan lagi satu tips, setiap kali makan kat rumah or makan luar, always order 1 gelas air putih.
Jimat pun jimat, sihat lagii

2. Pastikan kulit dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari

Supaya kotoran, sel kulit mati dan minyak tak tersumbat dalam pori. Jangan malas or beri alasan tak sempat yaa. Nak kulit cantik mesti kene luangkan sedikit masa untuk jaga.
Saya personally akan cuci muka sehari 3 kali, pagi, petang dan malam sebelum tidur untuk pastikan kulit sentiasa bersih & fresh

Saya suggest anda tambahkan MARY KAY SKINVIGORATE BRUSH dalam rutin skincare anda.
Jari kita mok mok xboleh nak mencuci hingga ke celah pori, kotoran dan minyak akan berkumpul & masuk jauh lagi ke bawah kulit. Jadi kita perlukan bantuan 'sesuatu' untuk mencuci ke celah pori.

Especially anda yg ada masalah pori besar, kulit berminyak & senang berjerawat. 
Dan waktu kita period, masa tu kulit akan jadi extra minyak. Jerawat mmg sangat mudah naik.




 Bersalah rasa kalau x share dengan anda benda yg sgt membantu ni

3. Gunakan sun protector setiap kali keluar rumah

Zaman sekarang dah x macam dulu. Panas bahang sampai rasa boleh koyak kulit huhu..
UV dan panas matahari boleh menyebabkan skin cell damage, rosak dan menyebabkan pori kurang elastin. Dan membuat kan pori jadi lebih besar.

Guna lah Sun protector yg betul ikut keperluan.
Daily : SPF 15-35
Outdoor : SPF 50 dan ke atas

Jangan guna spf yg terlalu tinggi untuk daily sebab dia akan mmbuatkan pori lebih besar dan aging.

Lagi satu tips, kalau anda kerap memasak (lama terdedah haba panas) sy cadangkan anda pakai sun protector juga dan jangan lupa serum Pore Minimizer.

4. Amalkan gaya hidup sihat

Bersenam, jaga pemakanan jangan terlalu banyak ambil makanan berminyak.
Jangan merokok dan elakkan terdedah dengan asap rokok.

5. Gunakan complete skincare yang sesuai dengan keperluan kulit

Guna cleanser saja /serum saja/ pelembap saja xkan boleh selesaikan masalah kulit.
Sebab setiap item dicipta ada fungsi yang tersendiri dan MELENGKAP skincare set tersebut.
Dan skincare juga membantu untuk anda dapatkan pori yang halus dan bersih

 Jom tengok fungsi skincare set :

Cleanser : Untuk membersihkan kulit daripada kotoran dan minyak tanpa mengganggu elemen asal kulit
Mask & Scrub : Membuang sel kulit mati, membersihkan & menghaluskan pori
Freshen (toner tanpa alcohol) : Mencuci kulit kali kedua , membantu merapatkan pori terbuka
Moisturizer : Mengawal kelembapan kulit

Sy cadangkan untuk anda cuba range Timewise dan MARY KAY MICRODERMABRASION SET (REFINE & PORE MINIMIZER)


Dalam satu set ni ada 2 item, Refine & Pore Minimizer.
Set yang memang khusus untuk selesaikan masalah pori terbuka anda

Refine adalah scrub yg halus & kasar, untuk singirkan sel kulit mati , anti aging, menegang & menganjalkan dan menghaluskan kulit.
Pore Minimizer, sesuai dengan namanya untuk mengecilkan dan merapatkan pori anda.

Psstt, sy pun guna ni. 1 of my favourite!

Ok..harap dapat beri manfaat dan panduan untuk anda pilih penjagaan kulit yang sesuai untuk masalah pori besar.

Inshaallah next entry sy akan share Petua semulajadi untuk mengecilkan pori pula.

Jom sy bantu anda cantik di hari raya!

www.wasap.my/60173262007
Professional Beauty Consultant Mira Ixora
Mary Kay Independent Executive Senior Sales Director

Thank you for reading!

xoxo

Monday, April 23, 2018

Punca pori terbuka

Assalamualaikum & haiii!!
Apa khabar semua?

Hari ni nak cerita ttg pori dengan uolss!

Siapa ada pori?
Haa xpayah jawab sbb smua org yg mempunyai kulit ada pori 🙈😁
Tapi..siapa yg ada masalah pori besar mcm ni?🙋


Jom kita kenal dengan pori dulu.



Sebenarnya pori-pori kulit adalah folikel atau kantung kecil tempat akar rambut tumbuh. Pori-pori terdapat di seluruh area kulit, kecuali bibir, telapak tangan, dan telapak kaki.
lubang-lubang kecil (pori) ini berfungsi sebagai jalan keluar minyak, keringat, dan hasil detox badan.
Tapi yg menjadi masalah adalah pori di muka.
Sebab muka adalah aset utama seseorang.
Jumpa org mereka akan pandang muka dulu betul?

Sy dulu sebelum berMary Kay pernah ada masalah kulit berminyak n pori besar. Xconfident nak jumpa org, Sampai terpaksa pakai make up tebal sebab nak tutup kekurangan.


Nak tau apa yg jadi punca-punca pori besar?




Kalau kulit jenis berminyak paling mudah ada masalah ni. Pastikan kulit dibersihkan dengan teratur, at least 2 hari sekali, terutama sekali bahagian pori.

Pori ni sifatnya elastik. So bila ada benda tersumbat size maka dia pun akn mmbesar ikut size bendasing tersebut.
SEL KULIT MATI yg xdibuang pun boleh menyebabkan pori tersumbat !











Mksudnya, aging.
Betul, bila kita dah mula meningkat usia penghasilan kolagen kulit kita ni akan berkurang. So dia akn kurgkn elasticity kulit termasuklah pori.
Pori akan kendur , dan tu mmbuatkan dia nampak lebar & besar




Ada jugak org yg mewarisi genetik pori besar.
Kes mcm ni biasanya bila dia remaja lg pori dah mula besar n certain case, kulit berjerawat.
So org2 mcm ni sgt perlukan penjagaan kulit yg teliti.

Pori juga disebabkan oleh hormon. Biasanya perempuan yg paling obvious sekali bila period, ataupun perubahan hormon semasa pregnancy & sebagainya.



Haa..dalam Ertikata mudah, xpakai spf (sun protector)
Penting sgt spf lg2 skrg ni cuaca panas sgt2 smpai terasa kulit tu perit!
Sun damage ni merosakkan elastin kulit, so mmbuatkan kulit & pori kita kurang keanjalan n melebar.
Pori akan nampak lebih besar.


  
Merokok, kurang minum air putih pun boleh menyebabkan pori kita terbuka.

Merokok ni dia rosakkan sel2 kulit juga.
Dan kalau kita kurang minum air, skin akan dehydrated dan menyebabkan kulit kering n kecut.
Pori akn kendur & melebar

Pekerjaan yg terdedah banyak pd cahaya matahari & HABA pun buatkan pori senang terbuka.
Mcm tukang masak or bakers, byk terdedah haba.
On site worker juga selalu terdedah pada matahari dan sangat perlukan penjagaan kulit yang betul.


Nak tahu penyelesaian kepada masalah pori-pori terbuka?

Jom ke next entry!
--->>

Love,

www.wasap.my/60173262007
Professional Beauty Consultant Mira Ixora
Mary Kay Independent Executive Senior Sales Director

Thank you for reading!
xoxo
  

Friday, March 16, 2018

Boleh ke Beli Mary Kay di Lazada, Shopee, dan sebaginya?

Assalamualaikum & haii!

Hati-hati bila beli produk Mary Kay

Sekarang ni timbul issue customer beli barang Mary Kay di Online shopping website macam Lazada , Shopee & so on.

Dengan Harga yg dijual melampau murah!😱
Barang yg patutnya harga 100 dia jual harga rm30 which is sangat ridiculous.

Lepas guna, ada yg mengadu naik jerawat or rashes (skincare), bibir bengkak (lipstick) sedangkan sebelum ni pakai produk yg sama ok je.
Why? Anda mungkin terbeli FAKE ITEM.


Pernah x uols tengok barang make up yg dijual kat Sephora yg harga ya beratus tapi kat Lazada , Shopee dengan harga puluh2 saja?
Berani x uols nak beli?
Kalau sy, mmg xberani apatah lagi produk tu nak pakai kat kulit, muka pulak tu 😳
Kalau muka rosak macam mana?😖
Nak bayangkan pun xsanggup!


Sy pernah try beli 1 set brush brand Real Technique , hehe brush je la yg sy berani pun sebab xserap dalam kulit.
Normal price harganya almost Rm200 per set tapi Shopee jual Rm25 per set. 

I am so curious so sy pun beli 1. Dan bila sampai, ternyata mmg barang fake. 
Bentuk & packaging sebiji sama tapi Quality mmg jauh bez dengan yg ori. 
Bedak xlekat kat brush, bulu licin (nasib baik bukan bulu haiwan) n material murah, last2 buat simpan dalam laci je 🙈

Berbalik tentang isu Mary Kay, setiap produk Mary Kay hanya boleh dijual melalui Beauty Consultant yg sah. Setiap Consultant yg legally register dengan Mary Kay ada BC ID masing2 . 
So customer ada hak untuk tanya ID Consultant dulu sebelum beli.
Dan customer boleh check ID Bc wujud x by calling Customer Service number ( 0377117500 )


Hati-hati dengan seller yg x nak bagitau BC ID, most probably mereka bukan BC yg jual produk xtau dari mana source, ataupun BC tapi nak clearkan stock lama yg hampir expired. 

Mary Kay sendiri TIDAK MEMBENARKAN sama sekali Beauty Consultant menjual di Online Shopping site yang selain daripada Mary Kay website kerana ia menjejaskan imej company dan juga akan timbul masalah-masalah seperti customer tak dapat guide yg betul , ataupun terbeli daripada seller yang tidak jujur.

Bila uols beli dari sumber selain daripada melalui Beauty Consultant Mary Kay yg sah, uols sebenarnya KEHILANGAN beberapa hak exclusive.

1. Anda hilang previlage untuk dptkan consultation skin yg betul. Bukan semua org boleh pakai produk yg sama sebab tu penting buat consultation dulu sebelum beli. 

2. Anda hilang previlage untuk tahu cara guna produk dengan betul. Even uols call customer service MK sekalipun mereka akan revert pada BC yg uols beli. Kalau uols beli daripada org yg bukan BC, makanya terpaksa lah uols cari sendiri cara guna. 


3. Anda hilang previlage utk dapat SATISFACTION GUARANTEE dalam tempoh 90 hari (syarat refer pada BC) in case produk tersebut x ssuai dengan uols


Sayang kan..jangan risiko kan kulit uolss dengan membeli atau terbeli barang2 skincare /cosmetic fake/ expired semata- mata sebab nak harga murah.

Buat pilihan yang bijak.
Belilah dengan MK IBC yang sah.
If anything happen, anda akan sentiasa ada jaminan daripada company Mary Kay.

Love,
0173262007
Mira Ixora
Mary Kay IBC yang sah
Independent Executive Senior Sales Director

Thank you for reading!
xoxo

Thursday, February 15, 2018

NEW Lash Intensity Mascara from Mary Kay!

Assalamualaikum  & haii!

Rindunya nak berblogging , nak bercerita dengan anda semua.
Inshaallah tahun 2018 ni akan lebih rajin menulis :D

So hari ni saya nak share dengan uols tentang satu Mascara yg dah lama sangat sangat sy tunggu dia masuk Malaysia, dah 2 tahun kat Mary Kay negara lain finally this yearr masuk pasaran Malaysia ,  
LASH INTENSITY MASCARA!

Tadaa! Ni lah mascara yg wow tu. Saya panggil dia mascara letops
Mascara ni dikatakan dapat bagi effect bulu mata yg tebal, lebat, panjang & lentik macam bulu mata palsu giteww.


Testimoni daripada Mary Kay

Seriously??
Sebagai peminat mascara memang teruja sangat nak try! Betul ke hasil dia macam tu?
Really??

Maka saya pun cepat2 submit order  LASH INTENSITY MASCARA ni , saya beli 10 batang , termasuk lah untuk buat stock diri sendiri sekali hehehe . Mascara ni Limited Edition, which means kalau dah habis stock company x akan restock lagi. Barang best kan so xnak terputus bekalan.

So....

Tadaa! Mascara baru dah sampai!

Tak sabar nak try! Betul ke best??
Hmmm nak tengok hasilnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


OMG!

Seriously ni hasilnya??
Nak pengsan jap XD

Macam takpercaya kan? Nah belanja testimoni sendiri lagi hehehe.



Xpernah lagi bila nak pakai mascara rasa teruja mcm ni 😂
Pagi2 nak make up macam xsabar2 tunggu step pakai mascara hihi.
Memang xkeruan betul.
Inikah cinta? 😜

Nak cerita pengalaman sy sendiri guna mascara best ni.

❤️First skali formula dia lain sikit drp mascara yg sy pakai sebelum ni. Lepas guna mascara biasanya bulu mata akan jadi kering n keras sikit.
Senang tercabut bila kita tergosok mata kuat.
Tapi Lash Intensity ni x, dia buatkan bulu mata jadi lembut ☺️

❤️Antara bahan dalam Lash Intensity ni adalah PRO VITAMIN B5. Macam pernah dengar kan iklan shampoo letak bahan ni. Fungsinya utk melembut & menguatkan akar bulu mata. Wah pakai mascara sambil shampoo bulu mata gitew ☺️

❤️ Paling sy suka ttg mascara ni adalah finishingnya. Finishing dia mcm uols tengok gambar, bulu mata nampak lebat , banyak & panjang! Dia buatkan mata nampak besar jugak. Jimat masa, sebab bila kita sapu mascara tu xperlu pakai eye liner pun xapa. Dia dah lekat kat mata mcm eye liner.
Sebelum ni kalau nak effect cmtu kene pakai bulu mata palsu. Tapi sy xminat sgt apatah lagi rajin nak pakai hari2 kan hehehe. 😁

❤️ Tested dan selamat utk contact lense user macam sy .

Sempena launching, ada something special menanti anda!
Stok makin menyusut, jangan tunggu sampai out of stock ^-^

Love,

0173262007
Your Professional Beauty Consultant
MK Executive Senior Sales Director
Mira Ixora

Thank you for reading!
XOXO

Wednesday, January 3, 2018

New year, new home hasil ber Mary Kay!

Assalamualaikum  & haii!!

Alhamdulillah majlis doa selamat di kediaman baru saya kelmarin berjalan lancar. 
Tercapai juga hajat untuk mulakan tahun baru di rumah baru :)
Tq family, kawan2, saudara mara & my Mary Kay sisters kerana sudi hadir memeriahkan majlis 😊

Terima kasih Allah memberi saya peluang berkerjaya dengan Mary Kay.
Ternyata saya tak salah pilih kerjaya!
 
Dah lama rasa nak bercerita tapi segan. 
Tapi hari ni nak cerita jugak moga jadi kekuatan untuk anda semua supaya berani berimpian!💪😍

Kisah rumah.
 
2014
Masa ni kami baru je nak mulakan hidup as suami isteri. Baru kawin hehee. Masa tu sy baru resign, tak de simpanan yg banyak, yg ada cuma duit mas kawin & gaji bulan sebelumnya. Tu pun nak buat bayar kereta, insurans & credit card 🙊.

Alhamdulillah husband dpt beli 1 rumah apartment kos rendah dekat Bandar Kinrara.
Rumah baru yg harga tak sampai 100k!
Rezeki sgt2! 


Tapi masa tu belum boleh masuk rumah sebab proses dia ambik masa lama.
Jadi kami ambik keputusan untuk menyewa dulu. Jadi dapat la sewa kat satu apartmen ni dekat Taman Putra Perdana dan rezeki lagi sekali sebab sewa rumah dia murah , RM480 sebulan. Ground floor pulak tuu.

Tapi, apartmen tu dari jauh nampak mcm rumah hantu sebab dia apartmen lama, xdi cat. Tengok pic kat bawah uols mesti setuju ngn sy 🙈.






Masuk dalam pun sama! Dinding kusam memang sebijik rasa mcm rumah hantu 😂

Tapi sebab sewa murah kami ambik je lagipun dekat ngan office husband. Tapii sy request kat owner utk cat rumah tu sebab sakit mata tengok dinding kusam. Owner bagi tapi dia suruh cat sendiri. Makanya kami pun tertonggek2 cat satu rumah tu dengan cat putih. Baru la ada feel skit 😂

Kami duduk sini setahun.
Dduk kat sini ok,environment best, tapi macam2 dugaan jugak lah jadi sepanjang setahun ni.Dugaan paling besar adalah Budak-budak.
Kereta saga sy jadi mangsa kene calar dengan lukisan bintang 😤, orang cat parking lot tiba2 kat kereta sy pun dia calit cat jugak 😤.

Paling xboleh lupa, budak2 main kriket , tau kan kriket? Tapiiii bola dia dorg guna batu!
Dan it happens kene cermin driver pecah berderai. Geram betul sy masa tu. 

Kami cari siapa yg buat & terus jumpa parent dia. Nasib baik parent dia bayar balik cost ganti cermin tu. 😤😤😤

Lagi xboleh lupa, apartmen tu ada tunggakan bil air. Dorg guna 1 paip besar, which kalau bil xckup bayar, paip besar tu akan disekat.
So xtau la siapa yg xbayar bil air nii, setiap weekend kami xde air. 😤
Penat asik kene tadah air. Last2 kami balik tumpang rumah mak setiap weekend 😂


2015-2016

Setahun kami dduk kat rumah sewa, dapat berita gembira rumah yg husband beli da boleh start masuk. Yeayyy xsabar sgt masa tu nak pindah (terbayang kereta & air 😂) hahaha!
Rumah baru ni kami dapat tingkat 3 & x ada lif.
Setiap hari menapak. Heheeh palingg mencabar kalau pergi beli barang dapur nak angkut semua naik atas. 💆🏼💆🏼💆🏼


 


Tapi rumah baru ni best juga , rezki dapat jiran depan rumah yg baik hati. Kadang2 bagi makanan. Hehee ❤️ Mcm mana sy kenal ngn jiran ni pun ada cerita. Apartmen baru ni ada masalah elektrik pulak. Hahaaa dia suka blackout tengah2 malam dalam pukul 11-12 malam mcm tu. Sebulan sekali. Blackout semua block gelap gelita.
Sy ni penakut gelap. Nak jadikan cerita satu hari husband kene kerja malam. Sy kat rumah sorang2 tiba2 blackout. Sy panik berlari bukak pintu rumah. Nampak jiran depan pun bukak pintu juga. Dia offer masuk rumah dia & sy pun terus ok je xfikir apa dah haha. Sejak tu la jadi kawan 🌹


Satu lg kejadian xbole lupa, ada skali tu musim hujan lebat. Atap terbang tercampak kene elokk pulak kat kereta sy. Apalah nasib..Kemek xboleh bukak pintu driver 😭. Lagi skali kene pergi hantar repair. Claim kat management pun smpai skrg xdapat2. Redha je lah..

Sejak dari tu sy simpan impian untuk ada rumah landed. Nak parking tanpa risau dalam rumah sendiri. Nak senang bawak masuk barang dapur.
Sy mula serius simpan duit hasil daripada biz Mary Kay.

August 2015, masa ni sy dah jadi Sales Director.
Sy mula berimpian tentang rumah idaman sy.
Kat sebelah apartmen sy tu ada satu kawasan rumah besar2. Kinrara Residence nama dia. Setiap hari keluar & lalu kawasan perumahan tu sy akan cakap, sy akan beli rumah mcm tu.
3 tingkat.


Husband sy mula2 marah sebab dia kata sy punya angan2 tinggi sangat. 

Stress agaknya dia bila sy ckp mcm tu hahahaha. 😜
Sy ckp tu impian sy & sy akan usaha untuk dapat. Maybe not today but 1 day 😊
Saya percaya akan ada rezeki sy satu hari nanti.

Lama2 dia pun lembut hati . Almost setiap petang lepas ambik husband balik kerja kitorang pusing satu round kat dalam perumahan Kinrara Residence tu berangan mcm mana keadaan kalau duduk kat rumah tu. Lawak bila teringat balik 😂

2017

Impian nak beli rumah landed masih x padam.
Masa ni kami dah mula ada simpanan yg stabil setiap bulan.
Mary Kay ajar bila kita bantu org lain utk berjaya kita pun akan sama-sama berjaya.
Alhamdulillah tahun ni tahun yg manis sgt buat sy 😊.
Husband sy pun dah resign dan kami buat biz Mary Kay sama2.


Awal tahun 2017, kami kami beranikan diri buat first move utk call tanya agen harga rumah dekat Kinrara Residence.
Dapat la set appoinment dgn agent tu. Makin excited rasa nak beli rumah. Tapi bila kira2 bajet belum cukup lagi. So terpaksa hold dulu.
Tapi sambil2 tu rajin jugak la google2 rumah lain for sale.


Sampai la 1 hari terjumpa satu advertisement ni. Dan rezeki sangat bila pergi view rumah tu lebih better & ada really good offer!
Terus book & proceed dengan proses pembelian rumah.
Alhamdulillah payslip Mary Kay lepas utk buat loan rumah. 

Kakak bank yg proses loan ter order Cc Cream pulak kat saya ehh 😆.

The moment dapat kunci, rasa macam xpercaya 1 impian dah jadi kenyataan. Dah boleh bawak masuk barang dapur tanpa perlu naik tangga 😂
Dah boleh parking tanpa rasa takut. Dulu masa dduk apartmen limit 1 rumah satu kereta, hari2 berisiko kereta kene clamp sebab kami 2 kereta😔.








Semua bermula dari satu angan2 😊
Jangan takut nak berimpian.
All of us deserve to have your own dream.
Percaya pada diri & tuhan.
Plan your work & work your plan.
Jangan berhenti berusaha.
Anda berhak untuk dapatkan yg terbaik utk diri anda 😊


All the best & jadikan 2018 your best year!💪❤️

Love,
Essd Mira