Tuesday, December 11, 2018

Pakai produk Mary Kay TAK BERKESAN?

Assalamualaikum & haii!

Kita lagi beberapa minggu nak masuk ke tahun 2019!
Rasa macam sekelip mata je masa berlalu.
Sedar tak sedar 2019 ni adalah tahun ke 7 saya bersama Mary Kay 
Dan ada juga customer2 saya & team Glamorous Bee yang dah bersama saya since 2012
Terima kasih semua.

Tanpa anda siapa lah saya 

Ok topic yang saya nak 'gossipkan' hari ni : Kenapa pakai Mary Kay TAK BERKESAN?

Ada yang mengadu pada saya bila saya share kan tentang Mary Kay pada mereka, 
'Guna Mary Kay tak nampak kesan'
'Sama saja, xada perubahan'
'Makin teruk lah'


Maka saya pun tanya dan tanya lagi, cari gali punca, ye lah saya pun nak tahu juga apa punca jadi macam tu?
Kalau silap dari saya sendiri ,saya nak perbetulkan.
Anda perlu tahu yang saya bukan sekadar nak lepas jual barang saja, tapi kami BERTANGGUNGJAWAB untuk bantu anda dapatkan skin yang cantik.
Jangan salah sangka kalau kami tanya banyak ya.
Sebab tu kami dipanggil Beauty Consultant , bukan seller :)

Anda perlu tahu yang company Mary Kay ada SATISFACTION GUARANTEE.
Jadi jangan takut-takut nak bercerita dengan Beauty Consultant anda kalau ada apa2 jadi pada skin lepas guna Mary Kay.
Jangan tunggu dah habis produk baru cerita tau.

Ni lah keistimewaan yang anda dapat kalau anda beli produk Mary Kay.
Dapat Personal Beauty Consultant lagi, kalau beli kat kedai or lain2 anda maybe xdapat nak bertanya banyak2.
Contohnya kalau beli anda beli dengan saya, maka anda akan dapat full consultation & guide daripada saya 
Kalau beli dengan BC A, maka anda akan dapatkan daripada BC A.
So gunakan keistimewaan ni sebaiknya okeyy 

Alright berbalik kepada 'gossip' tadi, hasil daripada 'siasatan' saya, ada beberapa perkara yang jadi PENYEBAB  kenapa anda pakai produk Mary Kay TAK BERKESAN.

1. Penggunaan TAK KONSISTEN

Hari ni pakai, esok tak pakai. lepas tu lusa pakai tapi skip pelembap, skip toner.
Tak berdisiplin bila guna produk.
Haa macam mana nak nampak kesan tuu sayang 
Cuba bayangkan awak hari ni makan, esok awak tak makan awak minum air je, then lusa awak x makan langsung. Agak-agak apa jadi pada badan awak?
Macam tu jugalah kulit kita, baru nak bertindak dah esoknya tak pakai.
Jadi siapa yang ada habit ni pliss ubah ya..
Sayang kulit kita kan nak guna sampai bila-bila 

2. Penggunaan regimen TAK LENGKAP

Maksudnya, xguna set. Pakai pencuci dengan pelembap saja.
Kes macam ni biasanya mula-mula skin akan nampak lawa tapi lepas beberapa bulan akan nampak mantain saja, biasa.
Anda perlu tahu setiap item mempunyai fungsi yang berbeza dan melengkapi each other.
Contoh kalau awak pakai pencuci dengan pelembap saja selama 1 tahun, fungsi dua tu untuk bersihkan muka & control kelembapan kulit. Tapi awak mengadu kat saya kulit awak kusam & pori besar.
Sebab apa jadi macam tu?
Sebab awak tak guna item yang sepatutnya untuk buang sel kulit mati yang jadi punca kulit kusam & pori besar. Apa yang missing adalah mask & toner untuk buangkan sel kulit mati & rapatkan pori awak xnak pakai.
Bagi saya tak rugi kalau kita nak invest untuk kulit muka kita sendiri kan 

3. Tak upgrade regimen ikut KEPERLUAN kulit

Anda perlu ingat, setiap manusia makin lama makin berusia. Macam tu juga sel badan dan kulit kita.
Makin meningkat usia kita, sel kulit dan kolagen kita makin lemah & berkurang.
Sebab tu terciptanya skincare untuk pelbagai peringkat umur, serum yang berbeza fungsi.

Ada juga yang saya selidik-selidik, umur nak masuk 40 an tapi masih lagi guna set untuk remaja.
Lepas tu mengadu kat saya kulit tak berubah, masih ada garis halus, kulit sagging dsb..
Bila saya nak bantu suggestkan regimen yang sesuai, tak nak pula. Macam mana tu 

4. Campur campur dengan PRODUK LAIN

Pencuci brand A, Toner brand B, pelembap Mary Kay, serum brand C.
Kadang-kadang xsemua produk bila di campur akan serasi dengan each other.
Jadi sebaiknya awak guna lah produk yang sama 'adik-beradik mak ayah dia' hehehe.
Sebab kalau jadi apa-apa mudah untuk kita detect dan advise.
Contoh macam ni,
Kalau awak makan dekat 4 kedai yang berbeza then tiba-tiba awak kene keracunan makanan.
Kedai mana yang awak nak salahkan?

5. Main beli saja TANPA CONSULTATION

Yang ni paling ramai orang buat. Ada yang sebab nak murah, maka main beli je dekat Lazada, Shopee & so on. Anda tau tak anda merisikokan kulit anda sebenarnya.
Even company sendiri dah bagi warning jangan beli daripada source yang tak sepatutnya sebab kita tak tahu siapa mereka, ambik produk dari mana, dan worst adalah mereka TAK bagi apa-apa consultation & guide pada anda.
So kalau jadi apa-apa kat kulit anda, tak ada siapa yang akan bertanggungjawab. even anda call company MK minta ganti rugi pun tak akan dilayan sebabnya company pun xtahu anda beli daripada siapa. Lepas tu mula lah drama viral adegan bakar produk, marah produk sebab tak dapat kesan sedangkan salah sendiri.
Jadilah pengguna yang bijak okayy 

6. Tak SABAR & tak PERCAYA pada Beauty Consultant

Ada sesetengah kulit yang perlukan masa untuk baik pulih, especially kulit yang pernah jadi mangsa produk berMerkuri dan yang high chemical. Saya pun akan minta anda yang ada history skin macam ni untuk freekan kulit 2-4 minggu untuk bagi skin natural semula.Dan akan mula dengan basic skincare MK dulu untuk rawat kulit step by step.
Ada yang tak sabar bila healing crisis xsampai sebulan dah stop, xmau teruskan.
Ada yang dah nak elok pun tapi tak nak tunggu.
Ada juga yang bila kita advise suruh add on item ikut keperluan kulit, dia ragu-ragu.
Kalau masalah bajet saya faham, ada cara untuk saya bantu.
Kadang-kadang saya fikir macam mana kami nak bantu kalau anda tak percaya pada kami

7. Tak bekerjasama apabila BC FOLLOW UP

Setiap BC akan follow up customer masing-masing.
Kalau BC x follow up tu jangan segan-segan nak mesej BC, takut kami terlepas pandang.
Kadang-kadang wasap pun boleh xperasan yang kita xbaca lagi huhu.
Saya personally memang follow up dengan customer, cuma kadang-kadang terlambat sikit dari tarikh yang sepatutnya.
Ada customer yang ingatkan saya & sudi follow up dengan saya.
Alhamdulillah bila kita memudahkan orang, memang lagi mudah proses kulit dia nak cantik.
Serius tak tipu.

Tapi kalau anda xbagi kerjasama bila kami follow up tak reply, atau reply acuh x acuh.
Macam mana kami nak tau progress kulit anda yang sebenar-benarnya 


8. Kulit TAK SERASI dengan produk

Kes ni ada, memang ada sesetengah kulit yang memang xserasi. Bila pakai naik rashes, gatal, or pedih. Jangan panic, cepat2 bagitahu BC . Saya dulu pernah masa awal-awal guna Mary Kay, try satu cream tu dan esoknya naik jerawat 7 biji kat muka.
Saya kira tauu hahahaha. terus mesej senior saya (masa tu saya dah jd BC so apa-apa mesti rfer dengan senior) 
Senior saya advise suruh stop dulu and bagi reda. Dah reda pakai semula. Alhamdulillah saya follow advise dia dan lepas tu dah ok dah.

Kalau anda betul-betul xserasi dengan produk MK, ingat..kita ada satisfaction guarantee.
So kami akan take action yang sepatutnya yang x merugikan anda.
Tapi ingat, guarantee dalam tempoh 90 hari dari tarikh pembelian atau suku dari penggunaan produk saja.
Kalau dah habis awak pakai baru nak bagitahu , ataupun lepas 3 bulan baru awak bagitahu xsesuai, maaf kemungkinan xdapat 

Saya ada customer yang lepas dah tukar regimen pun masih xserasi, so saya tukarkan dengan barang lain yang dia suka. Dia happy sebab dia boleh pakai & tak rugi 
So kesimpulannya apa-apa jadi cepat-cepat bagitahu BC okay!

Saya bukan nak membebel, cuma nak bagi informasi yang betul pada anda.
Maybe ada yang antara kita yang masih tak tahu tentang macam mana cara saya/ BC lain bekerja, jadi secara jujur ikhlas saya nak bantu anda semua dapat skin yang cantik & dalam masa yang sama kami sangat perlukan komitmen & kerjasama dari anda juga 

Untuk yang nak cuba Mary Kay, anda boleh dapatkan SKIN CONSULTATION daripada saya.

http://www.wasap.my/60173262007
http://www.marykay.com.my/miraixora

Thank you for reading!

Love,
ESSD Nur Amira
Mary Kay Independent Executive Senior Sales Director

Nak tengok info lagi? Follow :

FB : Mira Ixora
IG : miraatmk
FB Page : Professional Beauty Consultant Mira Ixora



6 comments: