Tuesday, December 11, 2018

Pakai produk Mary Kay TAK BERKESAN?

Assalamualaikum & haii!

Kita lagi beberapa minggu nak masuk ke tahun 2019!
Rasa macam sekelip mata je masa berlalu.
Sedar tak sedar 2019 ni adalah tahun ke 7 saya bersama Mary Kay 
Dan ada juga customer2 saya & team Glamorous Bee yang dah bersama saya since 2012
Terima kasih semua.

Tanpa anda siapa lah saya 

Ok topic yang saya nak 'gossipkan' hari ni : Kenapa pakai Mary Kay TAK BERKESAN?

Ada yang mengadu pada saya bila saya share kan tentang Mary Kay pada mereka, 
'Guna Mary Kay tak nampak kesan'
'Sama saja, xada perubahan'
'Makin teruk lah'


Maka saya pun tanya dan tanya lagi, cari gali punca, ye lah saya pun nak tahu juga apa punca jadi macam tu?
Kalau silap dari saya sendiri ,saya nak perbetulkan.
Anda perlu tahu yang saya bukan sekadar nak lepas jual barang saja, tapi kami BERTANGGUNGJAWAB untuk bantu anda dapatkan skin yang cantik.
Jangan salah sangka kalau kami tanya banyak ya.
Sebab tu kami dipanggil Beauty Consultant , bukan seller :)

Anda perlu tahu yang company Mary Kay ada SATISFACTION GUARANTEE.
Jadi jangan takut-takut nak bercerita dengan Beauty Consultant anda kalau ada apa2 jadi pada skin lepas guna Mary Kay.
Jangan tunggu dah habis produk baru cerita tau.

Ni lah keistimewaan yang anda dapat kalau anda beli produk Mary Kay.
Dapat Personal Beauty Consultant lagi, kalau beli kat kedai or lain2 anda maybe xdapat nak bertanya banyak2.
Contohnya kalau beli anda beli dengan saya, maka anda akan dapat full consultation & guide daripada saya 
Kalau beli dengan BC A, maka anda akan dapatkan daripada BC A.
So gunakan keistimewaan ni sebaiknya okeyy 

Alright berbalik kepada 'gossip' tadi, hasil daripada 'siasatan' saya, ada beberapa perkara yang jadi PENYEBAB  kenapa anda pakai produk Mary Kay TAK BERKESAN.

1. Penggunaan TAK KONSISTEN

Hari ni pakai, esok tak pakai. lepas tu lusa pakai tapi skip pelembap, skip toner.
Tak berdisiplin bila guna produk.
Haa macam mana nak nampak kesan tuu sayang 
Cuba bayangkan awak hari ni makan, esok awak tak makan awak minum air je, then lusa awak x makan langsung. Agak-agak apa jadi pada badan awak?
Macam tu jugalah kulit kita, baru nak bertindak dah esoknya tak pakai.
Jadi siapa yang ada habit ni pliss ubah ya..
Sayang kulit kita kan nak guna sampai bila-bila 

2. Penggunaan regimen TAK LENGKAP

Maksudnya, xguna set. Pakai pencuci dengan pelembap saja.
Kes macam ni biasanya mula-mula skin akan nampak lawa tapi lepas beberapa bulan akan nampak mantain saja, biasa.
Anda perlu tahu setiap item mempunyai fungsi yang berbeza dan melengkapi each other.
Contoh kalau awak pakai pencuci dengan pelembap saja selama 1 tahun, fungsi dua tu untuk bersihkan muka & control kelembapan kulit. Tapi awak mengadu kat saya kulit awak kusam & pori besar.
Sebab apa jadi macam tu?
Sebab awak tak guna item yang sepatutnya untuk buang sel kulit mati yang jadi punca kulit kusam & pori besar. Apa yang missing adalah mask & toner untuk buangkan sel kulit mati & rapatkan pori awak xnak pakai.
Bagi saya tak rugi kalau kita nak invest untuk kulit muka kita sendiri kan 

3. Tak upgrade regimen ikut KEPERLUAN kulit

Anda perlu ingat, setiap manusia makin lama makin berusia. Macam tu juga sel badan dan kulit kita.
Makin meningkat usia kita, sel kulit dan kolagen kita makin lemah & berkurang.
Sebab tu terciptanya skincare untuk pelbagai peringkat umur, serum yang berbeza fungsi.

Ada juga yang saya selidik-selidik, umur nak masuk 40 an tapi masih lagi guna set untuk remaja.
Lepas tu mengadu kat saya kulit tak berubah, masih ada garis halus, kulit sagging dsb..
Bila saya nak bantu suggestkan regimen yang sesuai, tak nak pula. Macam mana tu 

4. Campur campur dengan PRODUK LAIN

Pencuci brand A, Toner brand B, pelembap Mary Kay, serum brand C.
Kadang-kadang xsemua produk bila di campur akan serasi dengan each other.
Jadi sebaiknya awak guna lah produk yang sama 'adik-beradik mak ayah dia' hehehe.
Sebab kalau jadi apa-apa mudah untuk kita detect dan advise.
Contoh macam ni,
Kalau awak makan dekat 4 kedai yang berbeza then tiba-tiba awak kene keracunan makanan.
Kedai mana yang awak nak salahkan?

5. Main beli saja TANPA CONSULTATION

Yang ni paling ramai orang buat. Ada yang sebab nak murah, maka main beli je dekat Lazada, Shopee & so on. Anda tau tak anda merisikokan kulit anda sebenarnya.
Even company sendiri dah bagi warning jangan beli daripada source yang tak sepatutnya sebab kita tak tahu siapa mereka, ambik produk dari mana, dan worst adalah mereka TAK bagi apa-apa consultation & guide pada anda.
So kalau jadi apa-apa kat kulit anda, tak ada siapa yang akan bertanggungjawab. even anda call company MK minta ganti rugi pun tak akan dilayan sebabnya company pun xtahu anda beli daripada siapa. Lepas tu mula lah drama viral adegan bakar produk, marah produk sebab tak dapat kesan sedangkan salah sendiri.
Jadilah pengguna yang bijak okayy 

6. Tak SABAR & tak PERCAYA pada Beauty Consultant

Ada sesetengah kulit yang perlukan masa untuk baik pulih, especially kulit yang pernah jadi mangsa produk berMerkuri dan yang high chemical. Saya pun akan minta anda yang ada history skin macam ni untuk freekan kulit 2-4 minggu untuk bagi skin natural semula.Dan akan mula dengan basic skincare MK dulu untuk rawat kulit step by step.
Ada yang tak sabar bila healing crisis xsampai sebulan dah stop, xmau teruskan.
Ada yang dah nak elok pun tapi tak nak tunggu.
Ada juga yang bila kita advise suruh add on item ikut keperluan kulit, dia ragu-ragu.
Kalau masalah bajet saya faham, ada cara untuk saya bantu.
Kadang-kadang saya fikir macam mana kami nak bantu kalau anda tak percaya pada kami

7. Tak bekerjasama apabila BC FOLLOW UP

Setiap BC akan follow up customer masing-masing.
Kalau BC x follow up tu jangan segan-segan nak mesej BC, takut kami terlepas pandang.
Kadang-kadang wasap pun boleh xperasan yang kita xbaca lagi huhu.
Saya personally memang follow up dengan customer, cuma kadang-kadang terlambat sikit dari tarikh yang sepatutnya.
Ada customer yang ingatkan saya & sudi follow up dengan saya.
Alhamdulillah bila kita memudahkan orang, memang lagi mudah proses kulit dia nak cantik.
Serius tak tipu.

Tapi kalau anda xbagi kerjasama bila kami follow up tak reply, atau reply acuh x acuh.
Macam mana kami nak tau progress kulit anda yang sebenar-benarnya 


8. Kulit TAK SERASI dengan produk

Kes ni ada, memang ada sesetengah kulit yang memang xserasi. Bila pakai naik rashes, gatal, or pedih. Jangan panic, cepat2 bagitahu BC . Saya dulu pernah masa awal-awal guna Mary Kay, try satu cream tu dan esoknya naik jerawat 7 biji kat muka.
Saya kira tauu hahahaha. terus mesej senior saya (masa tu saya dah jd BC so apa-apa mesti rfer dengan senior) 
Senior saya advise suruh stop dulu and bagi reda. Dah reda pakai semula. Alhamdulillah saya follow advise dia dan lepas tu dah ok dah.

Kalau anda betul-betul xserasi dengan produk MK, ingat..kita ada satisfaction guarantee.
So kami akan take action yang sepatutnya yang x merugikan anda.
Tapi ingat, guarantee dalam tempoh 90 hari dari tarikh pembelian atau suku dari penggunaan produk saja.
Kalau dah habis awak pakai baru nak bagitahu , ataupun lepas 3 bulan baru awak bagitahu xsesuai, maaf kemungkinan xdapat 

Saya ada customer yang lepas dah tukar regimen pun masih xserasi, so saya tukarkan dengan barang lain yang dia suka. Dia happy sebab dia boleh pakai & tak rugi 
So kesimpulannya apa-apa jadi cepat-cepat bagitahu BC okay!

Saya bukan nak membebel, cuma nak bagi informasi yang betul pada anda.
Maybe ada yang antara kita yang masih tak tahu tentang macam mana cara saya/ BC lain bekerja, jadi secara jujur ikhlas saya nak bantu anda semua dapat skin yang cantik & dalam masa yang sama kami sangat perlukan komitmen & kerjasama dari anda juga 

Untuk yang nak cuba Mary Kay, anda boleh dapatkan SKIN CONSULTATION daripada saya.

http://www.wasap.my/60173262007
http://www.marykay.com.my/miraixora

Thank you for reading!

Love,
ESSD Nur Amira
Mary Kay Independent Executive Senior Sales Director

Nak tengok info lagi? Follow :

FB : Mira Ixora
IG : miraatmk
FB Page : Professional Beauty Consultant Mira Ixora



Friday, August 10, 2018

Tips make up flawless menggunakan Mary Kay make up

Assalamualaikum & hai!

Hari ni saya nak share kan tutorial untuk dapatkan asas make up yang flawless menggunakan Mary Kay Flawless Face Set make up!

Nak guna as make up harian pun boleh, nak make up untuk acara-acara dinner, wedding dan sebagainya punn boleh sebab yang penting asas make up uolss kemas.

Apa itu ASAS MAKE UP?

ASAS make up adalah make up di kulit muka kita sebelum kita apply make up yang lain2 seperti make up mata, pipi dan bibir.

Kalau cantik asasnya, keseluruhan make up akan nampak kemas je walaupun solekan kita yang lain2 tu nipis je.
Bayangkan kalau make up mata , blusher semua dah cantik, tiba-tiba foundation kita pulak dah bercapuk ataupun crack! Aduhhh rasa nak sorok muka.

Saya dah pernah merasa situasi ni masa awal2 pakai make up dulu. Tak ada ilmu lagi so kita pergi 'kedai hijau' or 'kedai biru' main beli je foundation dan bedak. Cukup pukul 12 ke atas masa tu make up dah kelabu & capuk. Tissue & cermin memang ada dalam poket je, kejap2 nak check muka.
Risau kang terjumpa jodoh foundation pulak tengah capuk segan la iolss hahahhaa 

Dah kerja,ada duit gaji sikit try pulak beli kat 'kedai mahal' . Haa tengok model retis pakai flawless gila, kita pun nak flawless jugak kann. Tapi harga dia boleh tahann. Habis seminggu duit belanja makan. Beli lah jugak kan sebab nak merasa pakai foundation flawless dan xperlu risau muka comot.

1 malam, saya join lah 1 kelas make up ni. Masa zaman tu Mary Kay masih lagi belum dikenali.
Tp saya bagi peluang untuk cuba, lgpun dengar dorang explain produk dari US. International brand ada dijual kat 38 buah negara lagi.
Yang sy beli kat 'kedai mahal' pun dari US juga. International brand juga.

Lepas pakai rasa terkejut. Sebab first time sapu benda kat muka rasa ringan, macam xpakai apa2.
Selesa sangat. Tapi duk fikir kang beberapa jam capuk jugak macam mana?
Dah jatuh hati dah tapi nak buat test dulu.

Lepas kelas tu kami pun pergi jalan2 sampai ke tengah malam. Dan masa tu lah sy bertambah impress lagi dengan foundation ni. Dia masih stay kat cantik & glow kat skin even waktu tu berpeluh.
Esoknya terus decide nak beli & join as BC Mary Kay.

Kualiti dia memang setanding dengan foundation 'kedai mahal' dan harga dia jauh lebih murah.
Plus tahan 6-8 bulan. Rsa berbaloi sangat-sangat!

Ok habis cerita foundation super best, jomm kita tengok video tutorial!


Nak tengok version HD, boleh klik sini -> Professional Beauty Consultant Mira Ixora
Jangan lupa follow sekali page saya tau 

3 item awesome yang saya gunakan untuk asas!

Dapatkan FREE skin consultation daripada saya sekarang!
(Jika anda dah pernah menggunakan MK dan sudah mempunyai Beauty Consultant sila rujuk Beauty Consultant anda )

www.wasap.my/60173262007
www.marykay.com.my/miraixora


Thank you for reading!

Love,

ESSD Nur Amira
Mary Kay Independent Senior Sales Director

FB : Mira Ixora 
Instagram : miraatmk
Page : Professional Beauty Consultant Mira Ixora


Please note : Saya sama sekali TIDAK menyokong pembelian produk Mary Kay melalui Lazada, Shopee, dan online store yang lain kerana ianya MENYALAHI PERATURAN MARY KAY MALAYSIA dan anda akan HILANG keistimewaan sebagai pelanggan Mary Kay. Sebarang consultation atau guide tidak akan dilayan dan sekiranya terjadi apa-apa pada kulit, kami Beauty consultant mahupun pihak syarikat sama sekali tak akan bertanggungjawab kepada anda. 

Dapatkan produk anda daripada sumber & Beauty Consultant yang sah.

Monday, August 6, 2018

NEW LUMIVIE Intensive Serum daripada Mary Kay!

Assalamualaikum & haii!

Hari ni sy nak share sesuatu yg sangat bestt!
Siapa peminat skincare Melacep kat sini angkat tangan?


Ada serum yang baru dilaunchkan pada bulan ni, August 2018 wich is LUMIVIE INTENSIVE SERUM!

Serum ni akan menggantikan Melcap Ultimate Serum yang lama mulai bulan ni.
Dan serum Melacep dah pun officially out of stock last month & x akan dikeluarkan oleh company lagi lepas ni.

Kenapa?

Mary Kay memang sentiasa ada on going research terhadap semua produk dia untuk pastikan produk Mary Kay menggunakan bahan yg terbaik, teknologi yang terbaik & latest ikut peredaran arus zaman.
Contohnya , dulu famous Edelweis terbaik untuk whitening, now ada yg lagi bagus which is BLACK PEARL, so company do their research & come out dengan formula yang lebih hebat!

Saya dah dapat guna serum ni beberapa bulan lebih awal sebab ada special event untuk Sales Director. So sy mula guna serum ni awal bulan March. Kiranya dah 7 bulan saya pakai serum ni.

Saya sendiri impressed tengok hasilnya!
Gambar yang saya snap adalah waktu yang sama, tempat yg sama , tdung yg sama,  cuma bulan berbeza. Dan no editing. 
10-11am masa tu lighting kat rumah saya terbaikk hehehe.
So inilah hasilnya!



Pengalaman saya sendiri. Guna Melacep serum pun dah cerah & best sangat sangat, bila pakai LUMIVIE serum ni, dia jadi LAGI BEST 
Saya impress & excited tengok kulit sendiri.
Alhamdulillah..
Awal-awal pakai dulu husband ada tegur kata kulit nampak bersih.
Ingatkan bersih = normal. Bila snap sendiri gambar baru perasan. 

Perbezaan ketara antara Melacep Serum dengan Lumivie serum yg sy perasan waktu guna :
1. Lumivie lebih moist, ringan dan tak mengeringkan kulit compare to Melacep
2. Kecerahan Lumivie lebih ketara dan lebih cepat
3. Texture lebih lembut & ringan, bau pun lebih sedap 

Ok jom tengok apa yang menarik & apa yg lainnya Lumivie Serum ni!

Bahan utama :


1. Tahitian Black Pearl 
Energize kan sel-sel kulit supaya lebih aktif menghasilkan sel kulit baru dan sihat, kuatkan sistem pertahanan kulit supaya tak mudah rosak akibat persekitaran, dan of course MENCERAHKAN KULIT!

2. Opti-Bright Complex (formula dipatenkan oleh Mary Kay, ekstrak akar Angelica acutiloba, amino asid dan niacinamide sayur-sayuran) 
Melambatkan proses yang menyebabkan kulit kusam , mensekatakan warna kulit yang tidak sekata. Meningkatkan KECERAHAN kulit secara keseluruhan

3. Samphire (Ekstrak tumbuhan Salicornia herbacea)
Improvekan saluran air dalam kulit menjadikan kulit tak kering dan sentiasa lembap tanpa membuat kulit jadi berminyak.

Siapa yang disarankan untuk guna Lumivie serum ni?
1. Masalah parut - parut jerawat gelap
2. Kulit tak sekata & KUSAM
3. Kulit yang berjeragat 
4. Anda yang nak memiliki kulit yang lebih CERAH dan SELAMAT tanpa bahan kimia berbahaya & tanpa menipiskan kulit

Dan untuk bulan ni, kita ada SPECIAL untuk uolls yang baru nak CUBA or nak upgrade skincare kepada Melacep & Lumivie!





Dapatkan skin consultation daripada saya sekarang!
www.wasap.my/60173262007/melacepoffer
www.marykay.com.my/miraixora

Thank you for reading!

Love,
ESSD Nur Amira
Mary Kay Independent Senior Sales Director
FB : Mira Ixora 
Instagram : miraatmk  or search di instagram -> miraatmk


Please note : Saya sama sekali TIDAK menyokong pembelian produk Mary Kay melalui Lazada, Shopee, dan online store yang lain kerana ianya MENYALAHI PERATURAN MARY KAY MALAYSIA dan anda akan HILANG keistimewaan sebagai pelanggan Mary Kay. Sebarang consultation atau guide tidak akan dilayan dan sekiranya terjadi apa-apa pada kulit, kami Beauty consultant mahupun pihak syarikat sama sekali tak akan bertanggungjawab kepada anda. 
Dapatkan produk anda daripada sumber & Beauty Consultant yang sah.

Wednesday, April 25, 2018

Rutin penjagaan wajah Mary Kay untuk mengecilkan pori

Assalamualaikum & hai!

Semalam saya dah bercerita tentang punca-punca pori di wajah terbuka dan membesar .
Jadi hari ni saya nak share kan 5 TIPS yang boleh anda amalkan & cara untuk membantu mengecilkan pori anda!


1. Minum banyak air putih sehari.



Air putih sangat membantu untuk hydrate kan kulit kita. Kekurangan air putih ni bukan je menyebabkan pori besar tapi kulit akan nampak kusam, letih, kawasan bawah mata pun cenderung untuk jadi gelap & kering.
Penting tau!

Saya pun xsuka minum air putih sebelum ni, macam xmasuk je dengan tekak, kadang-kadang rasa nak muntah pun ada huhuu.
Tapi saya paksa diri untuk minum setiap hari. Mula-mula 1 gelas sehari, pastu 1 botol kecik sehari, lama-lama dah terbiasa sampai kalau xminum air putih mesti automatik teringat.
Dan lagi satu tips, setiap kali makan kat rumah or makan luar, always order 1 gelas air putih.
Jimat pun jimat, sihat lagii

2. Pastikan kulit dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari

Supaya kotoran, sel kulit mati dan minyak tak tersumbat dalam pori. Jangan malas or beri alasan tak sempat yaa. Nak kulit cantik mesti kene luangkan sedikit masa untuk jaga.
Saya personally akan cuci muka sehari 3 kali, pagi, petang dan malam sebelum tidur untuk pastikan kulit sentiasa bersih & fresh

Saya suggest anda tambahkan MARY KAY SKINVIGORATE BRUSH dalam rutin skincare anda.
Jari kita mok mok xboleh nak mencuci hingga ke celah pori, kotoran dan minyak akan berkumpul & masuk jauh lagi ke bawah kulit. Jadi kita perlukan bantuan 'sesuatu' untuk mencuci ke celah pori.

Especially anda yg ada masalah pori besar, kulit berminyak & senang berjerawat. 
Dan waktu kita period, masa tu kulit akan jadi extra minyak. Jerawat mmg sangat mudah naik.




 Bersalah rasa kalau x share dengan anda benda yg sgt membantu ni

3. Gunakan sun protector setiap kali keluar rumah

Zaman sekarang dah x macam dulu. Panas bahang sampai rasa boleh koyak kulit huhu..
UV dan panas matahari boleh menyebabkan skin cell damage, rosak dan menyebabkan pori kurang elastin. Dan membuat kan pori jadi lebih besar.

Guna lah Sun protector yg betul ikut keperluan.
Daily : SPF 15-35
Outdoor : SPF 50 dan ke atas

Jangan guna spf yg terlalu tinggi untuk daily sebab dia akan mmbuatkan pori lebih besar dan aging.

Lagi satu tips, kalau anda kerap memasak (lama terdedah haba panas) sy cadangkan anda pakai sun protector juga dan jangan lupa serum Pore Minimizer.

4. Amalkan gaya hidup sihat

Bersenam, jaga pemakanan jangan terlalu banyak ambil makanan berminyak.
Jangan merokok dan elakkan terdedah dengan asap rokok.

5. Gunakan complete skincare yang sesuai dengan keperluan kulit

Guna cleanser saja /serum saja/ pelembap saja xkan boleh selesaikan masalah kulit.
Sebab setiap item dicipta ada fungsi yang tersendiri dan MELENGKAP skincare set tersebut.
Dan skincare juga membantu untuk anda dapatkan pori yang halus dan bersih

 Jom tengok fungsi skincare set :

Cleanser : Untuk membersihkan kulit daripada kotoran dan minyak tanpa mengganggu elemen asal kulit
Mask & Scrub : Membuang sel kulit mati, membersihkan & menghaluskan pori
Freshen (toner tanpa alcohol) : Mencuci kulit kali kedua , membantu merapatkan pori terbuka
Moisturizer : Mengawal kelembapan kulit

Sy cadangkan untuk anda cuba range Timewise dan MARY KAY MICRODERMABRASION SET (REFINE & PORE MINIMIZER)


Dalam satu set ni ada 2 item, Refine & Pore Minimizer.
Set yang memang khusus untuk selesaikan masalah pori terbuka anda

Refine adalah scrub yg halus & kasar, untuk singirkan sel kulit mati , anti aging, menegang & menganjalkan dan menghaluskan kulit.
Pore Minimizer, sesuai dengan namanya untuk mengecilkan dan merapatkan pori anda.

Psstt, sy pun guna ni. 1 of my favourite!

Ok..harap dapat beri manfaat dan panduan untuk anda pilih penjagaan kulit yang sesuai untuk masalah pori besar.

Inshaallah next entry sy akan share Petua semulajadi untuk mengecilkan pori pula.

Jom sy bantu anda cantik di hari raya!

www.wasap.my/60173262007
Professional Beauty Consultant Mira Ixora
Mary Kay Independent Executive Senior Sales Director

Thank you for reading!

xoxo

Monday, April 23, 2018

Punca pori terbuka

Assalamualaikum & haiii!!
Apa khabar semua?

Hari ni nak cerita ttg pori dengan uolss!

Siapa ada pori?
Haa xpayah jawab sbb smua org yg mempunyai kulit ada pori 🙈😁
Tapi..siapa yg ada masalah pori besar mcm ni?🙋


Jom kita kenal dengan pori dulu.



Sebenarnya pori-pori kulit adalah folikel atau kantung kecil tempat akar rambut tumbuh. Pori-pori terdapat di seluruh area kulit, kecuali bibir, telapak tangan, dan telapak kaki.
lubang-lubang kecil (pori) ini berfungsi sebagai jalan keluar minyak, keringat, dan hasil detox badan.
Tapi yg menjadi masalah adalah pori di muka.
Sebab muka adalah aset utama seseorang.
Jumpa org mereka akan pandang muka dulu betul?

Sy dulu sebelum berMary Kay pernah ada masalah kulit berminyak n pori besar. Xconfident nak jumpa org, Sampai terpaksa pakai make up tebal sebab nak tutup kekurangan.


Nak tau apa yg jadi punca-punca pori besar?




Kalau kulit jenis berminyak paling mudah ada masalah ni. Pastikan kulit dibersihkan dengan teratur, at least 2 hari sekali, terutama sekali bahagian pori.

Pori ni sifatnya elastik. So bila ada benda tersumbat size maka dia pun akn mmbesar ikut size bendasing tersebut.
SEL KULIT MATI yg xdibuang pun boleh menyebabkan pori tersumbat !











Mksudnya, aging.
Betul, bila kita dah mula meningkat usia penghasilan kolagen kulit kita ni akan berkurang. So dia akn kurgkn elasticity kulit termasuklah pori.
Pori akan kendur , dan tu mmbuatkan dia nampak lebar & besar




Ada jugak org yg mewarisi genetik pori besar.
Kes mcm ni biasanya bila dia remaja lg pori dah mula besar n certain case, kulit berjerawat.
So org2 mcm ni sgt perlukan penjagaan kulit yg teliti.

Pori juga disebabkan oleh hormon. Biasanya perempuan yg paling obvious sekali bila period, ataupun perubahan hormon semasa pregnancy & sebagainya.



Haa..dalam Ertikata mudah, xpakai spf (sun protector)
Penting sgt spf lg2 skrg ni cuaca panas sgt2 smpai terasa kulit tu perit!
Sun damage ni merosakkan elastin kulit, so mmbuatkan kulit & pori kita kurang keanjalan n melebar.
Pori akan nampak lebih besar.


  
Merokok, kurang minum air putih pun boleh menyebabkan pori kita terbuka.

Merokok ni dia rosakkan sel2 kulit juga.
Dan kalau kita kurang minum air, skin akan dehydrated dan menyebabkan kulit kering n kecut.
Pori akn kendur & melebar

Pekerjaan yg terdedah banyak pd cahaya matahari & HABA pun buatkan pori senang terbuka.
Mcm tukang masak or bakers, byk terdedah haba.
On site worker juga selalu terdedah pada matahari dan sangat perlukan penjagaan kulit yang betul.


Nak tahu penyelesaian kepada masalah pori-pori terbuka?

Jom ke next entry!
--->>

Love,

www.wasap.my/60173262007
Professional Beauty Consultant Mira Ixora
Mary Kay Independent Executive Senior Sales Director

Thank you for reading!
xoxo