Friday, March 25, 2016

Percutian Ke Hong Kong Day 1 : My very first holiday trip with Mary Kay!

Assalamualaikum & haiii!

Apa khabar semua? Sihat?
Saya baruu je baik dari demam XD
Maybe sebab penat travel masih belum habis.

Hujung Febuari 21-24 haribulan saya ke Hong Kong , trip pertama saya yg Mary Kay sponsor!
Alhamdulillah syukur.
Seminggu lepas tu saya ke Bandung pulak sempena birthday & wedding anniversary saya, ni bukan Mary Kay sponsor tau, over sangat kalau nak sponsor yg ni hehehe :p
Then tak cukup rehat plus kat Bandung pulak sekarang musim hujan, terus demam panas.
Tuhan nak suruh berehat tu hehehe...

Ok..hari ni nak share ngan uols pengalaman masa kat Hong Kong.
Mana tau ada yang nak gi ke lepas ni kan

Hong Kong Day 1




Flight pukul 9pagi tapi berkumpul pukul 6 pagi.
Rasa macam banyak masa lagi tapi sebenarnya memang ngam-ngam je tau.
Nak solat, briefing, bag check in , pastu masuk gate, tak sampai 15minit dah boarding.

Perjalanan boleh tahan lama, 4 jam flight. 0.0
Bangun tido banyak kali tak sampai2 lagi last2 tengok movie dalam flight hehehe.
nasib baik Mary Kay bagi naik Cathay Pacific, kalau Air Asia tak de can la nak tengok movie.

Sampai2 sana, jam dah pukul 1pm.
Waktu sana sama macam waktu Malaysia, cuma waktu solat awal dalam 1 jam lebih kurang.


Dah kat Airport Hong Kong!

Masa ni masing2 dok keluarkan windbreaker & jacket tp saya steady lagi coz baju yg pakai ni memang jenis tebal punya.



Jadi dari airport, kami dibawa tourguide ke Masjid dulu.
Nama Masjid tu Masjid Ammar.
Masjid terbesar di Hong Kong! :)
Masjid ni dibina bukan oleh orang Hong Kong tapi oleh immigrants Muslim yg datang ke Hong Kong.
Bak kata tourguide kami, Hong Kong ni ramai immigrants.
Ada china, Indonesian & many more.

Depan Masjid Ammar


Sekitar kawasan Masjid


Suhu time ni around 15-18 C mcm tu
Turun bas je kene tiup angin, perhhh sejuk sampai tulang! 
Tu yg trus pakai glove ngn mafla. Pastu kan masa nk ambik wuduk lagi laaa, beku rasa tangan hehehe. Tapi best! :D

Dah selesai solat, kita makan pulak.
Culture sana dalam bas tak boleh makan.
Tapi driver kitorang baik, dia bagi makan tapi dia berhentikan bas kat tepi sampai kami habis makan.

Ni lah lunch kami. Salmon sandwich since xleh ambik chicken or beef.
Tak cukup kenyang ni kalau perut saya :p

Lepas tu kami terus check in di hotel.
Panda Hotel namanya. Location dia agak strategic sebab kat tengah2 bandar, pastu kan yang lagi best sebab kat bawah dia ada shopping mall. 
AEON pun ada! Pastu kann siap ada sale, ni kene kuat kalau tak memang tak pepasal duit abis sebab shopping kat situ :p

Lega dah sampai hotel. Sepanjang 4 hari kat situ, air cond sikit pun tak bukak sebab da sejukk.
Nak mandi pun kene make sure air panas dah keluar kalau tak melompat2 kat shower tu sebab sejukk hahaha.
Sampai hotel rehat jap & bersiap sebab malam tu ada Dinner and education sikit dari our Mary Kay Executive Elite Sales Director from Hong Kong. Wanita ni gaji dia bermillion HKD ok!
Kalau convert duit RM lagi la nak pitam rasa.
Leleh airliur dengar fuhhh.



As usual, memang dessert yang saya capai dulu :D


Udang ni sedap
Yang lain tak berapa nak lalu sangat hehehe maklumla tekak Melayu



Gadis dan wefie berpisah tiada

Ok kita sambung Day 2 kat next entry ya!


Love,

0173262007
Mira Ixora
Professional Beauty Consultant
Mary Kay Independent Sales Director

Thank you for reading!


xoxo

No comments:

Post a Comment