Sunday, June 18, 2017

Tips penjagaan kulit semasa bercuti di hari raya

Assalamualaikum & haii!!

Beberapa hari saja lagi kita dah nak menyambut hari raya!.

Macam mana dengan persediaan raya anda?
Dah ready nak balik kampung?
Raya pun raya juga, jangan lupa siap sediakan skincare & make up terbaik untuk kulit anda!

Bila kita balik kampung, kita akan berada dalam cuaca n udara yg berbeza daripada tempat kebiasaan kita. Ini pun boleh effect kulit anda juga. 
Ada tempat yang lebih berdebu , lebih panas, lebih terik, lebih lembap dan sebagainya.
Jadi jika anda tak cukup protection pada kulit, boleh jadi breakouts atau jadi terlalu kering atau terlalu berminyak!

Jom saya share kan beberapa TIPS menarik untuk penjagaan kulit sepanjang musim perayaan ni!

1. Jangan lupa pakai SUN PROTECTOR

Ya masa raya lah kita paling terdedah kat matahari.
Nak keluar berjalan dari rumah ke rumah,  nak pergi openhouse , 
nak berkenduri ada khemah kat luar rumah, semua tu antara activity yang menyebabkan kita terdedah pada UV.
Jadi gunakan sun protector yang sesuai untuk situasi.
Sy suggest kan untuk anda guna sun block SPF 35 dan ke atas, sebab tempoh protection nya lebih lama --> 350 minit ( 6 jam) dan ke atas!
Tak perlu risau kulit sunburn lagi

2. Gunakan skincare regimen yang cukup & menepati jenis kulit anda

Ramai yang 'malas' bawak balik set skincare dengan alasan malas nak pack, x muat ruang dsb.
Waktu travel sebenarnya waktu yang paling kita perlu rajin tau!
Kalau saya travel or balik kampung, 1/4 drp beg tu penuh skincare je hehehe.
Tapi tak lah bermaksud angkut semua tok nenek skincare, at least bawa yang asas :
Cleanser
Freshen/Toner
Moisturizer
Serum

Boleh bawak bersama Oil Free Hydrating Gel, Mask or Scrub , in case anda perlukan sesuatu untuk cooling skin atau mild exfoliator. Biasanya bila kita berpindah tempat  , kulit akan rasa sedikit x selesa.

3. Pamper kulit anda dengan Serum atau Night Cream sebelum tidur

Waktu malam kilang kulit kita bekerja dari  pukul 10 malam - 3 pagi .
Jadi waktu ni lah sel-sel kulit akan merawat kulit dan menyuburkan kulit.
Serum & night cream membantu menyuburkan, mengurangkan risiko kulit breakouts/rosak dan menyihatkan lagi kulit.
Bila bangun pagi kulit akan lebih fresh!

4. Gunakan Make up yang tak menyumbat pori (Non Comedogenic)

Waktu raya boleh jadi waktu paling lama untuk kita gunakan make up.
Teringat masa raya kami konvoi dengan saudara mara pergi beraya dari pagi sampai malam hahaha!
Nak beraya sehari 3-4 buah rumah kann jadi x best lah kalau beraya muka berpeluh-peluh tak bercalit bedak. Untuk yang single tu mana tau jumpa jodoh ke kat sana. Eh :p
Setiap kali lepas solat mesti nak reapply balik make up.
Make Up yang menyumbat pori pun boleh menyebabkan breakout jugak sebab dia akan menghalang pori kita daripada mengeluarkan sebum.

Jadi the best adalah menggunakan make up yg Non Comedogenic.
Macam mana nak tahu?
Tengok dekat belakang foundation & bedak ada label Non Comedogenic :)

Contohnya Foundation Mary Kay, formula Non Comedogenic

5. Cuci make up bersih-bersih dengan Make Up Remover & Skinvigorate Cleansing brush

Jangan biarkan sisa make up tertinggal di muka kita.
Make up remover membantu untuk bersihkan sisa make up yang watrerproof & tak waterproof.
Cleansing brush membersihkan kulit hingga ke celah-celah pori supaya tak ada kotoran dan minyak yang menyumbatkan pori anda.


5. Minum banyak air putih

Masa raya boleh kira berapa kali kita minum air putih, kebiasaannya akan minum air manis dan berperisa. Ye lah mana ada orang hidang air putih masa raya kan :p
Jangan lupa bawa 1 botol air putih untuk kita minum & detox semula badan, sekaligus untuk mantainkan skin hydration .

Kulit dehydrated sangat berisiko untuk cepat aging dan breakouts!


Selamat mencuba , Selamat Hari Raya & selamat balik kampung! :D


Love,
0173262007
Mira Ixora
Independent Senior Sales Director
Professional Beauty Consultant

Thank you for reading!









No comments:

Post a Comment