Monday, April 9, 2012

How to determine your skin type?

Before saye join Mary Kay, saye pun tak berape tau sangat pasal jenis-jenis kulit.
Saye slalu ingat kulit saye ni oily sebab ade minyak.
Asal minyak je oily. Asal oily je minyak. Eh.
So beli cleanser pun memang beli yang untuk oily punye.
Patutla efek die xseberape.

Panjang pulak intro kan. Ok ni dia simple kuiz untuk tentukan jenis kulit anda.
Jawab..jawab..

1. Ape kulit anda rase sebaik bangun pagi?

a. Tegang, tak selesa seperti kulit ditarik-tarik
b. Tak sabar nak cuci sebab berminyak 
c. Lembut, tak terlalu kering n tak terlalu berminyak

2. Bagaimana selepas setengah hari?

a. Masih tegang, rasenye perlu pakai pelembap lagi
b. Berminyak n berkilat
c. Sesetengah permukaan berminyak atau kering tapi kulit masih lembut

3. Bagaimana liang roma ada kelihatan?

a. Tak nampak sebarang liang roma pun di muka
b. Besar! Boleh nampak jelas terutama di hidung n pipi
c. Boleh nampak di sesetengah kawasan seperti zon T, termasuk hidung n dagu

4. Apa keadaan yang paling tak sesuai dengan kulit anda?

a. Dalam bilik beraircond, kulit rasa tegang n sakit!
b. Di bawah matahari terik, kulit jadi berminyak n make up cair!
c. Setiap cuaca ada cabarannye

5. Apa produk penjagaan wajah yang sering anda bawa ke mana2?

a. Sebotol krim pelembap untuk kurangkan rasa gatal atau tegang di muka
b. Kertas penyerap minyak muka atau bedak untuk elakkan kulit berkilat
c. Bergantung pada keadaan cuaca, bila panas bawa bedak, bila sejuk bawa pelembap

Dah habis jawab?
Skor:

|
|
|
|
|
\/
Kebanyakan jawapan:
a. kulit kering
b. kulit berminyak
c. kulit biasa/kombinasi

No comments:

Post a Comment